Travel: Tempat menarik di Sabah, Malaysia

sotower-10

Assalamualaikum dan hai!

Kami pernah share tips dan itenary kami bercuti di sabah pada tahun lepas (2015) di Travel: Bercuti di Sabah, Malaysia

Pada Ogos baru ini, kami pergi ke sabah lagi selama 2 minggu, maka kalini kami mahu kongsikan tempat tempat menarik yang kami sempat pergi sepanjang kami di sana. Kami ada sediakan Map Sabah beserta number untuk memudahkan korang semak 😀

sabah_travel_map
Peta ringkas kawasan menarik untuk dilawati di Sabah

1.Airport Kota Kinabalu

-Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Sabah.

-Tujuan kami letakkan Point AirportKota Kinabalu ini adalah untuk memudahkan korang melihat dan mengganggarkan jarak kedudukan tempat tempat menarik yang korang plan untuk pergi nanti 🙂

 

2. Tanjung Aru

-Kawasan ini sangat popular dengan pemandangan sunset nya yang sangat cantik.

-Terdapat Tanjung Aru Beach Food Court yang manjual pelbagai manakan dari hasil laut di sini. Menjadi tarikan utama sebagai tempat makan malam.

 

3. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

-Masjid ini menjadi salah satu tarikan pelancong di Kota Kinabalu

masjid-bandaraya-2
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
masjid_bandaraya-1
Masjid bandaraya Kota Kinabalu

 

4. Taman Laut Tungku Abdul Rahman

-Bagi penggemar aktiviti laut seperti snorkeling, parasailing dan lain2, bolehlah melakukan aktiviti tersebut di Taman Laut Tungku Abdul Rahman.

-Taman ini mempunyai beberapa pulau utama, iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Gaya

-Terdapat aktiviti Zipline antara Pulau Sapi dan Pulau Gaya.

gaya-island-sapi-island
Pulau Gaya dan Pulau Sapi

 

– Jalan utama untuk ke Taman Laut ini adalah melalui menaiki ferry di Jesslton Point.

jesselton-point
Jesselton Point

 

5. Tanjung Lipat

-Terdapat tempat beriadah dan berehat sepanjang laluan di tepi laut di Tg Lipat.

tg-lipat

– Terdapat track joging yang terpanjang disabah disepanjang perairan tanjung Lipat (kalau tak silap sepanjang 8km)

-salah satu tempat menarik di sabah untuk melihat sunset.

 

6. Perdana Park
-Perdana Park ialah kawasan menarik dilawat untuk mengisi masa lapang anda di Sabah.

-Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan disini, dan terdapat juga kawasan kedai makan untuk menjamu selera.

water-dance-1
Musical water fountain at Perdana Park, Tanjung Aru

-Tarikan utama Perdana Park ialah Musical Water Fountain yang diadakan dari 7:00 pm hingga 9:00 pm, Isnin hingga Khamis. Terdapat pertunjukan tambahan pada setiap hujung minggu.

water-dance-2
Perdana Park, Tanjung Aru

Opening hours 
Monday to Friday – 7 am to 10 pm
Saturday, Sunday and Public holidays- 7 am to 10.30 pm
Free Admission
Parking fee is around RM1.00

 

7.Kundasang

kundasang
Peta kawasan menarik di Kundasang

Di Kundasang terdapat beberapa kawasan yang menarik antaranya:
1. Tamu – Di bulatan pekan kundasang.
– setiap petang khamis hingga tengah hari Jumaat.
– Tamu ni di kawasan lapang mengadap gunung kinabalu. Sangat cantik!

2. War Memorial

Open daily from 8:30am to 5:30pm
Entrance fee: RM2.00 (myKad holders), RM10.00 per person (Others)

3. Desa Dairy Farm

gunung-kinabalu
Permandangan Gunung Kinabalu dari Desa Dairy Farm, Kundasang

Open Daily dari 8pg hingga 5 ptg.
Entrance fee: RM5.00.
Aktiviti yang terdapat di Desa Dairy Farm adalah:
1. Sight seeing
2. Milk processing & packaging view (Tues, Thurs, Sun – 8am to 1pm)
3. Milking process viewing (everyday -3pm)
4. Calf pen activity (everyday)- Untuk calf pen activity, satu botol susu kena bayar RM1.50, boleh pilih nak bagi pada baby lembu or baby kambing.
5. Cow barn viewing (everyday – 8am to 1.30pm)
6. Guided tour -first session-10.45am, second session – 2.45pm

 

8.Ranau

ranau

Antara tempat menarik di Ranau adalah:

1.Sabah tea Plantation- Terdapat view tea plantation yang menarik seperti di Cameron. Juga terdapat cafe yang membolehkan pengunjung menikmati pelbagai perisa teh sambil menikmati permandangan ladang teh. Kami cadangkan pengunjung mencuba Pandan Tea, sedap!

2. Poring hot spring.

poring-hotspring
– hot spring ni dibuka pada siang hari sahaja

 

9.Tamparuli

-Lokasi dimana terdapatnya Jambatan Tamparuli yang popular. Jambatan ini berhampiran dengan Tamu tamparuli.

-The famous Rumah terbalik

rumah-terbalik

Opening Hours
Daily (including public holidays): 7:00am to 7:00pm

Entrance Fee:

Malaysian RM10.60 (rumah terbalik) RM24.40 (3D museum)
Non – Malaysian RM19.10 (rumah terbalik)  RM35.00 (3D museum)
* Child below 3 years old – FOC

10.Kota Belud

-Tamu kota belud


Most ‘tamu’ operate as early as 6am and close by 2pm (Sundays)

 

-Kg Tambulion

kg_tambulion_2
Kg Tambulion, Kota Belud

Kampung ini popular dengan view yang menarik, antaranya adalah suspension bridge, sunset, sungai dan permandangan gunung kinabalu

kg_tambulion_1
suspension bridge di Kg Tambuliob, Kota Belud
kg_tambulion_3
Permandangan dari suspension bridge, Kg Tambulion

 

11.Kudat

kudat_2
The tip of Borneo

-The tip of Borneo, Tg Simpang mengayau, kudat

kudat_1
Tg Simpang mengayau, Kudat

 

 

12.Bukit Kokol

bukit-kokol
Permandangan Kota Kinabalu dari Bukit Kokol pada waktu malam

 

13.Signal Hill Observatory Platform

sotower-1

Pengunjung ke tempat ini dapat menikmati permandangan kawasan bandar kota kinabalu

 

Selain daripada tempat tempat yang disenaraikan diatas, terdapat banyak lagi tempat menarik di sabah, antaranya:

1.Permandangan disepanjang perjalanan ke Kundasang

jalan
Sepanjang perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu, anda akan melalui kawasan bukit dan perkampungan dan dikelilingi oleh kabus tebal.

2. Kinabalu National Park
kinabalu-national-park

 

Berdasarkan peta yang diberikan diatas, kami hanya sempat melawat dari kawasan kota kinabalu dan kawasan utara Sabah, InsyaAllah jika berkesempatan kami akan pergi ke kawasan lain pula 😀

 

Korang tahu tempat menarik yang lain di Sabah? Jom lah share! 😀


 

ps: perlu lebih info yang lebih? boleh request dibahagian komen, insyaAllah kami akan bantu mana yang boleh 🙂

Leave a Reply