Selamatkah produk kesihatan dan kecantikan yang anda gunakan?

Topik wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, terutama kecantikan fizikal. Ini kerana kecantikan fizikal dapat diukur dan dinilai oleh orang sekeliling tanpa perlu bertegur sapa, dan kecantikan fizikal juga menjadi daya penarik yang utama oleh kebanyakan perkara. Hal ini membuatkan ramai wanita obses mencari dan menggunakan produk produk kecantikan dan kosmetik semata untuk menjadikan diri mereka menarik, cantik, dan lebih berkeyakinan. Oleh itu, banyaklah juga produk produk kecantikan yang muncul di kedai kedai dan berjualan secara online bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Pendekkan cerita hal produk kecantikan dan kesihatan yang berlambak ini, tahukan anda bahawa anda sebagai pengguna perlu menyemak dahulu status pendaftaran produk produk tersebut sebelum menggunakannya?

Walaupun produk tersebut selalu diiklankan di dada dada akbar dan media massa, itu tidak menjanjikan produk tersebut selamat digunakan. Oleh itu amatlah penting untuk melakukan ‘homework’ anda dengan menyemak sendiri status produk yang ingin digunakan di Agensi Regulatori Farmasi Negara , Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut adalah cara untuk menyemak status produk kesihatan dan kecantikan:

  1. Layari laman web Agensi Regulatori Farmasi Negara di http://npra.moh.gov.my/
  2. Dibahagian kanan laman web, Pilih Kriteria pencarian, kemudian pilih jenis pencarian.
  3. Masukkan nama produk yang ingin disemak, dan tekan ‘check status’

Dibawah merupakan contoh bergambar carian yang kami lakukan untuk salah satu produk yang kami gunakan:

Pilih kriteria carian

 

Pilih jenis carian

 

Masukkan nama produk
Hasil carian

 

Produk yang tidak berdaftar adalah berbahaya dan tidak dapat disahkan kandungan bahan didalamnya.

Contoh produk yang diketahi umum, namun mengandungi bahan terlarang didalamnya.

Jika ada yang bertanya,

“Saya berniaga sendiri buat ubat tradisional sahaja, macam mana?”

Tahukan anda, produk ubat tradisional juga perlu berdaftar dengan KKM, ini bagi memastikan produk itu tidak mengandungi bahan berbahaya dan selamat untuk digunakan. Ubat tradisional yang berdaftar akan mempunyai nombor pendaftaran bertanda huruf ‘T’ dihujungnya.

 

Jika anda ternampak atau mendapati produk yang anda gunakan tidak berdaftar, anda boleh salurkan aduan kepada nombor dibawah:

 

Kesan menggunakan produk yang tidak berdaftar:

Sumber: http://www.positifsihat.com/hodoh-akibat-produk-tidak-berdaftar/

 

Marilah sama sama kita menjadi pengguna yang bijak dengan memilih produk kesihatan dan kecantikan yang berdaftar, selamat dan diyakini. JOM SEMAK di http://npra.moh.gov.my/! 😀

 

Dah semak produk yang anda gunakan? bagaimana? 🙂

 

 

farmasiinfoinfo kesihatankecantikankesihatantips
Comments (1)
Add Comment
  • Yusz

    Guna hanya produk yang berdaftar. Lambakan produk kecantikan dipasaran dengan harga murah kelabukan mata pengguna. Guna produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu dalam masa yang sama jana pendapatan lumayan dan berpeluang menjadi jutawan.