Pengalaman membida di Chilindo

Pernahkah anda membida?

 

Membida, atau bid (english) is offering a certain price for something, especially at an auction. So concept Chilindo adalah menjual barangan di laman webnya dengan cara membida. Semua lelongan akan bermula pada harga RM0.10, dan anda akan bid dengan harga yang anda sanggup bayar dan berlawan bidaan dengan pengguna yg lain.Pembida yang paling tinggi nilainya akan menang.

 

Kami nampak laman web ni dari Facebook, so kami pun usha usha web dia, macam menarik, so kami cuba bid. *www.chilindo.com*

 

Bid pertama kami untuk gunting bnyak bilah tu, so saja try, tup2 kami menang dengan harga RM5.10. Gunting tu kat luar taktau berapa, tapi kami rasa kalau takat nak gunting2 sayur RM5.10 ok lah kut.

Then kami cari cari barang yang nampak menarik, kami cuba untuk bid paper cutter pulak. Paper cutter ni kami dah pernah beli dari Lazada dengan harga RM46.50 (termasuk shipping), tapi baragan yang kami terima dari Lazada tu sangat teruk kondisi dia, bercalar, kotak tak sempurna, ada missing parts, cutter berkarat, dan ukuran pun tak betul. So kami complain ke Lazada dan yang bagusnya servis Lazada ni diorang refund balik duit kami tu. So since dah ternampak paper cutter ni dekat Chilindo, kami try lah bid kot2 dapat paper cutter yg elok sikit. Bid dan bid dan bid, kami menang bidaan dengan harga RM20.70. Separuh harga dari yang kami beli sebelumni, kualiti? nanti kita tengok.

Kami ada survey untuk bid barangan elektronik, ramai yang nasihatkan tak perlu bid, sebabnya barangan elektronik di Chilindo ni tak berapa berkualiti,  standardnya macam barang2 di DIY dan Daiso, tapi masih ada yang boleh digunakan, bergantung pada jenis dan kegunaan.

Ada beberapa barang lain yang kami cuba bid, tapi bila naik harga terlalu tinggi dan kami rasa tak berbaloi, kami tinggal ja, sampailah kami ada menang octopus tripod dengan harga RM3.20, kami rasa tripod kecik ni berbaloi lah kot harga RM3.20.

Setakat 3 barangan saja, then kami checkout. Total barangan yang di bid adalah 3, dan total termasuk shipping adalah RM39.90

 

 

Selepas 3 hari, barang yang dibida pun sampai ke rumah. Barang diletakkan didalam kotak Chilindo, kemas.

 

Susunan barang didalam kotak

 

Invoice

 

Barangan yang diterima

Gunting ni elok, tajam, dan kukuh, personally mmg berbaloi untuk harga RM5.10

 

Tripod ni mmg untuk handphone atau camera compact, body stabil, dan memang elok, personally juga berbaloi dengan harga RM3.20

 

Paper cutter size A4, datang dengan kotak yang elok, body metal dia bersih tak bercalar balar macam yang kami dapat dari Lazada, parts complete, cutter tajam dan kukuh, personally memang sangat berbaloi untuk harga RM20.70 nih.

 

Conclusion, kami sangat berpuas hati dengan barangan yang kami terima dari Chilindo. Korang yang nak cuba, boleh lah ke laman web www.chilindo.com

 

Selamat membida 😀

 

 

 

 

 

 

bidabiddingchilindomembidaonlines hoppingreview
Comments (6)
Add Comment
  • ak

    dia akan maklumkan kan tak kalau penghantaran dah dihantar

    • wani

      Seingat saya takde notification (email/sms), tengok2 dah sampai je 😀

  • Blue Leaf

    Salam sejahtera.
    Nak tanya, sebab saya ni pertama kali beli kat Chilindo and baru hari ni tahu Chilindo.

    Selepas awaj terima yang INVOIS tu, yang suruh buat bayaran sebelum xx/xx/xxxx tu, apa yang harus dibuat?

    Terima kasih.

    • wani

      Hi Salam sejahtera, selepas terima invoice, boleh lakukan pembayaran melalui account chilindo, kemudian selepas pembayaran berjaya disahkan, awak akan dapat order number dan barang akan sampai ke alamat yang didaftarkan dalam masa beberapa hari bergantung pada kawasan.

  • Blue Leaf

    Sorry typo.

    Awaj -> Awak

  • Wal

    Servis teruk sekarang.. Dah 6 hari masih under processing..
    Alasan dia kata, barang tak masuk dalam warehouse lagi..Mereka masih menunggu barang masuk ke warehouse mereka.
    Tapi dalam senarai bidaan chilindo masih dibuka utk orang ramai membida benda yang sama & yang masih saya belum dapat.

    Terasa macam bidaan pre order..