DIY|Printable template Polaroid Storage Box

Assalamualaikum dan Hi semua!

Disini kami sediakan tutorial bagaimana untuk membuat storage box berbentuk Polaroid Camera.

Idea asal storage box ini adalah dari blog COMECREAAMA. Penulis blog itu telah memberikan tutorial dan printable template secara percuma untuk pembacanya membuat polaroid box ini (boleh lihat di blog beliau), tetapi template yang disediakan tidak complete, kerana tidak disertakan template untuk bahagian ‘drawer’ polaroid box ini. Dan saiz yang diberi adalah untuk kertas bersaiz A3.

Memandangkan terdapat pelanggan kami di @photoprintonline24 bertanyakan tentang tutorial ini dan mahu menggunakannya untuk menyimpan gambar Instax mini, maka kami mengambil kesempatan ini untuk ‘redesign’ dan ‘resize’ template sedia ada, dan menambah design template untuk drawer. Template baru yang kami hasilkan ini hanya perlu cetak diatas kertas A4 dan muat untuk menyimpan gambar bersaiz Instax mini.

Dibawah merupakan alatan yang diperlukan dan langkah langkah untuk membuat Polaroid Storage Box @photoprintonline24

Alatan yang diperlukan:

  1. Template Polaroid Storage Box @photoprintonline24 (Download HERE)
  2. Gam
  3. Gunting
  4. Bone folder (atau pakai je pembaris -untuk mengemaskan lipatan hihi)

Alatan yang diperlukan untuk membuat Polaroid Storage Box @onlinephotoprint24

Langkah langkahnya:

  1. Download template Polaroid Storage Box @onlinephotoprint24 di link yang disediakan, dan print keatas kertas A4. Pastikan setting printer berada pada pilihan ‘jenis kertas bersaiz A4’. Kertas yang kami gunakan adalah A4 ‘Kraft Paper’ 160gsm.
  2. Potong template Polaroid Storage Box @onlinephotoprint24 mengukut garisan yang disediakan menggunakan gunting.
  3. Kemaskan lipatan menggunakan bone folder. Kami gunakan pembaris saja, asalkan tujuan sebenar tercapai 😀
  4. sapukan gam pada lipatan kecil (rujuk video tutorial) dan cantumkan lipatan.

Dibawah disediakan video tutorial DIY Polaroid Storage Box @onlinephotoprint24


Video tu sekerat ja, tak sempat habis, sebab tetiba error ‘not enough storage’ T_T

Dan….SIAPPPP…… 🙂

 

Dah cuba? Share lah gambar Polaroid box anda! ^_^

DIYpolaroid boxprintable templatestorage boxstorage polaroid box
Comments (0)
Add Comment