E-tunai rakyat adalah insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat melalui applikasi e-wallet Touch ‘n Go, Grab, dan Boost mulai 15 Januari 2020 bermula jam 8 pagi. Rakyat hanya boleh memilih salah satu platform untuk menerima insentif ini.
Dibawah adalah langkah-langkah untuk menebus e-tunai rakyat melalui aplikasi GRAB.
- Buka applikasi Grab di handphone anda, dan tekan ‘claim now’.
Langkah 2: Tekan ‘Next’.
Langkah 3: Tick kotak ‘i confirm…’ dan tekan ‘continue’.
Langkah 4: Tekan ‘get started’ untuk menghantar gambar anda sebagai pengesahan.
Langkah 5: pastikan nama penuh anda adalah betul, dan mula untuk mengambil gambar anda bersama kad pengenalan anda dengan menekan butang ‘launch camera’.
Langkah 6: Baca arahan untuk bergambar, dan tekan ‘got it’.
Langkah 7: selepas berjaya mengambil gambar, tekan ‘submit’.
Anda telah berjaya! tekan ‘ got it’ dan tunggu wang anda dimasukkan 😀