Salam,
Tahukah anda yang seat dalam ETS mempunyai dua arah, satu akan mengadap ke utara dan satu mengadap ke selatan!
Sepanjang kami menaiki ETS, arah perjalanan dan arah seat adalah ‘isu besar’ untuk menaiki ETS. Kami pernah ‘tersalah’ pilih seat, maka sepanjang perjalanan akan sentiasa mengadap ke belakang, untuk sesetengah orang macam kami ni, boleh pening dibuatnya, dari penang ke KL sentral 4 jam semuanya bergerak kebelakang, sampai KL terus muntah -_- Oleh itu, ini ada tips bagaimana nak pastikan anda memilih seat yang betul ke destinasi anda, panduan ini adalah amat berguna untuk yang membeli tiket ETS online, kerana anda boleh memilih seat anda sendiri 🙂
Jadual boleh di download di sini: ETS_Seat_Layout
UPDATED DOWNLOAD LINK (13 OCT 2021) : ETS SEAT Layout
PS: CHECK NEW ETS2 SEAT LAYOUT HERE
Jadual ini adalah hasil ‘siasatan’ personal kami sepanjang kami menaiki ETS bermula awal tahun 2016 😀
Antara kemudahan yang terdapat dalam ETS adalah:
Tandas: Koc B dan E
Tandas OKU: Koc D
Cafe: Koc C
Surau: Koc C
Power point (plug): disetiap bawah seat antara seat A&B, dan C&D.
Koc D juga terdapat OKU Reserved area, bagi penumpang OKU yang menggunakan kerusi roda, tongkat, atau memerlukan pertolongan dari kru ETS, dinasihatkan untuk mengambil seat di Koc D, kerana semua kemudahan OKU serta staff berada berdekatan Koc D.
South (Selatan) adalah ke arah Johor & KL Sentral
North (utara) adalah ke arah Ipoh, Penang, & Padang besar
Train ETS sangat sejuk ya! sangat disarankan untuk membawa baju tebal untuk lebih selesa semasa perjalanan jauh. My sister in law ada belikan hadiah bantal + selimut untuk kami gunakan dalam train or semasa travel jauh dalam kereta atau bas. Berdasarkan pengalaman kami, bantal itu sangat2 berguna! Dan kami sangat2 sarankan sesiapa yang bawa anak kecil untuk bawa bantal + selimut ini untuk keselesaan budak2 sekirangan diorang nak take a nap didalam train semasa perjalanan jauh.
Ini gambar dari shopee tapi yang kak ipar kami bagi tu memang macam ni jugak rupa dia, nak bawa pun sangat mudah sebab dia kecik ja dan selimut dia boleh lipat2 masuk dalam ‘perut’ bantal tu, bila keluarkan selimut pun bantal tu masih fluffy dan boleh lapik kepala. Kain dia pun sangat lembut tapi boleh bagi warm bila selimut.
Kalau nak cek boleh pergi ke link ni: https://shope.ee/6zgxn0bf7p
Di shopee ada banyak lagi design dan jenis, boleh juga cek disini: https://shope.ee/99lSN59Wr3
Seperti yang diketahui, dalam ETS juga ada surau kecil untuk penumpang beragama Islam solat, dalam surau tu ada bahagian untuk mengambil wuduk yang kecil, so tak perlu ambil wuduk di toilet lah, masa kami gunakan surau tu dia tak sediakan telekung untuk wanita, so sesiapa yang rasa perlukan telekung eloklah untuk bawa telekung travel sendiri ke surau tersebut. disini ada macam2 jenis pilihan telekung travel yang harganya bermula dari RM20 sahaja! https://shope.ee/4UzcxkKDas https://shope.ee/4UzcxkKDas https://shope.ee/4UzcxkKDas
Jika pakaian korang dah cukup bersih dan tutup aurat, maka tak perlu pun pakai telekung kan 😀
Lagi satu memandangkan disetiap tengah2 bawah seat penumpang (antara seat A dan B dan juga antara seat C dan D) terdapat 1 plug point, disarankan juga untuk membawa travel charger adapter untuk memudahkan charge phone jika diperlukan untuk perjalanan yang jauh, boleh la share dengan orang seat sebelah sebab plug point tu ada 1 ja untuk setiap 2 seat. Ini contoh travel charger adapter https://shope.ee/7A0O8nwx7a https://shope.ee/7A0O8nwx7a https://shope.ee/7A0O8nwx7a
Selamat ber-ETS!
Thank you!
**UPDATE** (2 Julai 2018)
Wani dapat banyak pertanyaan tentang seat yang facing each other. Seat facing each other ni maksudnya akan ada meja di hadapan seat, dan orang yang duduk di seat tu akan mengadap orang seat hadapan. Selalunya kalau bawak baby atau naik ETS dalam group bagus lah ambil seat ni, sebabnya kalau bawa baby nanti ada space sikit untuk uruskan baby. Seat yang facing each other adalah:
Koc A= 14 & 15
Koc B= 13 & 14
Koc C= 10 & 11
Koc D= 1 & 2
Koc E= 13 & 14
Koc F= 14 & 15
***UPDATE AGAIN (9 Jan 2020)
Ada beberapa pembaca yang komen seat ETS online tak sama atau tak cukup number seat, online web ada sampai seat 19 untuk setiap koc, Setelah diperiksa di KTMB online ticket, didapati memang terdapat extra seat, tapi seat tu tak available, maksudnya seat tu tidak dibuka untuk jualan, untuk pengetahun, kami dah check susunan seat ini dengan menaiki ETS pada 25 Dec 2019 dan susunan seat yang didalam jadual kami ini masih valid, tiada seat extra sehingga number 19. 😀
****UPDATE UPDATE AGAIN HAHA! (30 Jan 2020)
OK betul ada sedikit perbezaan susunan seat ETS2 atau ETS platinum yang mempunyai Koc Business Class dengan susunan seat ETS yang lain. Maka satu layout baru untuk susunan seat ETS2 yang baru boleh didapati di post SUSUNAN SEAT ETS BARU 2020 😀
***** UPDATE AUGUST 2022
Tiket online dekat KITS dah ada arah seat, kami ajar cara2 untuk beli tiket online di KITS disini: Macam mana nak pilih seat ETS di KTMB Integrated Ticketing System KITS
good info…lepas ni boleh beli tanpa was2… btw susah naww tix ets masa raya ye…online asyik xde ja
hehe thank you 😀
time raya mmg susah, cuti sekolah pon sama, selalu penuh, kalau dapat pon seat tak ‘cantik’ hehhe.. selamat ber ETS! 😀
maksudnya, kalau saya dari KL sentral menuju ke padang besar, so saya perlu pilih seat NORTH dan dari padang besar – KL, saya perlu pilih seat SOUTH kan?
Ya betul 🙂
Salam,
nak tanya, kalau seat yang facing each other seat nombor berapa ye?
Kalau tengok table yang saya buatkan itu, tengok arah yang ‘pelik’, contohnya jika ke selatan (menuju ke KL sentral) seat yang ke South adalah coach A number kecil (1 hingga 8), tetapi ada 1 seat yang mengadap ke North, maknanya seat itu (yang mengadap ke north tu) dan 1st seat selepas north tu yang facing each other.
Salam nak tanya, kalau saya dari KL nak ke utara, seat yg menghadap ke depan is yg warna pink atau hijau ye? as in yg dalam gambar ETS Safety Procedure
W’salam, Kalau dari KL ke Utara, ambil seat yang saya tandakan ‘North’, gambar dalam safety procedure ETS tu ada ralat sikit, saya tak sure diorang sedar atau tak, seat kedua2 arah tu tak betul dalam safety procedure. Semak pada jadual yang saya buatkan, pilih ke ‘North’ 🙂
terima kasih atas info seat facing.. sy dok berulang balik setiap minggu ke utara dr ipoh, hrp dgn adanya tips ini boleh membantu saya menyelesaikan kes pening akibat silap facing … 🙂
Sama2 😀
kalau saya nak naik ets dari kl sentral ke ipoh, pilih seat yang bertanda north, sebab saya menuju ke utara. Betul ke?
Maksudnya, kalo sy dr sungai petani ke kl, kalo nak pilih seat yg hala ke depan, ambik yg awak kelaskan sbg south la ye?
HI Mohamad, ya betul, nak ke KL ambil South 🙂
TQ for your effort.
🙂
Hi! Tq atas info ni….nak tanya pelan duduk ni sama dlm ets gold dan platinum? Kedua-dua ada cafe? Tq!
Hi June, Ya sama untuk kedua2 Ets Gold dan Platinum 🙂
tq sis,, good info
Ada power point ke?saya x pernah nampak pun
ada dibawah kerusi, tengah2 antara 2 seat (macam dalam gambar yang ditunjukkan diatas)
Terimakasih tuan tanah…. sangat2 berguna
sama sama 🙂
kenapa ssh nk beli online?
KTM ada upgrade sistem diorang haritu, sekarang dah ok, tiket online boleh beli di http://intranet.ktmb.com.my/ktmb_ui/
Terima kasih atas info dan perkongsian yang diberi..
Sangat bermanfaat ni..
sama2 🙂
nak tanya, apa maksud yg bag space tu ? maksdnye seat tu je ke ade space untuk letak beg?
Bag space tu maksudnya tempat simpan bag, ada 2 tingkat, bag besar boleh letak disitu, kalau bag kecil boleh letak di compartment bag atas seat sahaja.
When my family naik ETS Coach C from KL Sentral to Sg Petani on Sat, 18 Jan 2020, we noticed that seat layout is different. Seat 10A-10D & 11A-11D, all facing to south whereby our train moving to the north. Cuma seat 7A-7D & 8A-8D facing each other.
Hi Mukhriz,
Thank you for the update. For ETS class 93 which usually use for gemas-KL Sentral- Butterworth- Padang Besar route (blue colour seat), the last row seat at coach C (beside bistro/cafe, Seat 11) will face the 2nd last row seat(seat 10). maybe the one that you took is the ETS class 91 which usually use for KL Sentral-Ipoh route ( red/maroon colour seat), it has different seat layout for coach C because they have different bistro arrangement. Correct me if I’m wrong 😀
Jazzakallahukhairan khathiro. Info yang amat berfuna, KTMB patut lebih bijak sbb masalah ini takda maklumat tp merupakan masalah yg ditanggung ramai pihak.
Terima kasih atas jasa baik
sama2 🙂
bila tiket ets boleh start dibeli? sebulan seblum perjalanan? setengah tahun?
Selalunya 2 bulan, contohnya harini Feb, tiket boleh beli sehingga tarikh perjalanan 31 March
TERIMA KASIH SIS.. SGT HELPFUL sbb ada mention tandas oku n so on.. tenkiu.. moga Allah memberkatimu sis
sama2 ^_^
kalau sy dr gemas nak ke kl,sy perlu ambil seat north or south?
gemas ke KL kena ambil north, sebab dia menuju ke atas (utara)
a very very good homework sis… yes, very helpful and useful information especially to people like us who have motion sickness… tqvm indeed
U r wlcm ^_^
kalau sy dr kl sentrl > pdg besar seat mana yg facing each other ?
Seat yang facing each other adalah:
Koc A= 14 & 15
Koc B= 13 & 14
Koc C= 10 & 11
Koc D= 1 & 2
Koc E= 13 & 14
Koc F= 14 & 15
Wani maaf nk tanya ckit.. seat facing each orher tu contoh 13&14 tu AB atau CD TQ WANI
Hi Suriani,
Seat facing tu dua2 belah untuk row tu, contoh:
13A mengadap 14A
13B mengadap 14B
13C mengadap 14C
13D mengadap 14D
terbaik info nya……
HII Kalau sy dri kl sentral – padang besar seat mana yang menghadap ke depan..
Hi Mira,
Dari Kl Sentral ke Utara pilih seat yang saya tandakan “NORTH” 🙂
Hye sis.. nk tanya cara pilih seats ni sama je ke utk ets silver,gold n platinum?
Hi Waney,
Kedudukan seat ETS GOLD dan PLATIMUN adalah sama saja kedua-duanya, yang membezakan antara GOLD dan PLATINUM adalah bilangan stesyen yang ETS itu berhenti (GOLD lagi banyak stesyen) dan Platinum ada menyediakan snek percuma kepada setiap penumpang, namun pada April 2018, pemberian snek diberhentikan untuk sementara waktu (mengikut info dari petugas dalam ETS, sebab saya x dapat snek masa naik bulan April baruni), taktau bila depa nak sambung balik atau terus diberhentikan
Hi sis . Sy nak beli tix from kl sentral ke padang besar but now seat ada until row 19 . So takut susunan yg sis bagi tu jadi tak sama . Mcm mana eh nak confirmkan seat tu face ke north ?
Hi Yana,
Row 19 tu di koc mana ya? sebab rasanya takda yang sampai 19 row lagi, mungkin dia pakai train lain huhu..kurang pasti saya..
Hai Mira
Nak tanye..kedudkan seat untuk ETS Gold and Platinum same ke berbeza?
If berbeza, perkongsian di atas ni untuk Gold ke Platinum?
Thank you.
Hi Liyana,
Kedudukan seat ETS GOLD dan PLATIMUN adalah sama saja kedua-duanya, yang membezakan antara GOLD dan PLATINUM adalah bilangan stesyen yang ETS itu berhenti (GOLD lagi banyak stesyen) dan Platinum ada menyediakan snek percuma kepada setiap penumpang, namun pada April 2018, pemberian snek diberhentikan untuk sementara waktu (mengikut info dari petugas dalam ETS, sebab saya x dapat snek masa naik bulan April baruni), taktau bila depa nak sambung balik atau terus diberhentikan 🙂
WANI
Thank you Wani for the explanation.
Nak tanye lagi..
Setiap seat ade recline table ye untuk makan? Macam dalam flight tu?
Thank you.
Hi Liyana,
Yup, selain dari seat yang facing each other, semua seat ada recline table mcm dlm flight. seat yang facing each other ja ada meja di depan.
koc train mungkin berubah, tertakluk pada perubahan oleh KTM… perlu pertimbang kepala train, biasanya menghala ke utara koc F adalah kepala, koc A adalah ekor, Kalau ke selatan Koc A adalah kepala dan koc F adalah ekor. Susunan Seat ETS gold dan ETS platinum adalah berlainan. ETS Platinum seat bertentangan \_\_ T_/_/ , kendudukan meja ditengah koc, manakala ETS gold seat berlawanan _/_/ \_\_ kedudukan meja dihujung koc. Perlu juga ambil kira cahaya matahari. Perjalanan pagi ke utara matahari sebelah timur bermaksud seat A dan B sebelah timur, panaslah sikit, jadi sesuai ambil seat C dan D sebelah barat, redup la… Begitu juga arah sebaliknya waktu pagi dan petang..
Hi Azhar,
Ya, info awak untuk susunan seat ETS GOLD dan PLATINUM adalah benar bermula tahun 2020, sebab info yg saya berikan di komen sebelum ni adalah untuk susunan seat ETS yg lama , boleh rujuk post saya di https://lensakami.com/blog/2020/01/30/sunan-seat-ets-baru-2020/ untuk susunan seat yang baru 😀
sama untuk ets gold, silver dengan platinum ke ni?
ETS silver adalah antara KL-IPOH-KL, saya x pernah naik lg, so x sure sama ka dak, tetapi untuk ETS Gold dan ETS Platinum adalah sama.
Adakah kedudukan seat ini paling latest sebab ada cek di page lain ada tak tally lah .
Hi Sallehudin,
Sepanjang saya naik ETS ni memang saya refer layout ni, dan Alhamdulillah masih betul dan sama lagi kedudukannya.
Sis wani, jika seat 2a,2b,2c & 2d (coach c) dari gurun ke kl facing south la kn.. betul x kalau rujuk gambar tu..
Ya betul, seat tu semua akan mengadap ke depan masa dari gurun ke kl 😀
Kalau beli online kena print dlu siap2 ke tiketnya atau boleh di print di kaunter tiket kl sentral atau boleh guna cara pdf. Mohon pencerahan sikit boleh x? Tq
Hi Raj,
Tiket yang beli online boleh di print di kaunter di KL sentral, just tunjukkan tiket softcopy atau booking number pada staff, nanti diorang akan printkan.
Sis, ade seat remark tulis Desk…. ape maksud itu ye
Hi Nini,
Desk tu bermaksud ada meja di depan seat
Hi. I booked online utk tren 1 September 2018 tadi dan call KTMB.
Nampaknya KTMB bagitau saya yg kadang2 tak tentu direction.
Dicadangkan tiket 1- 8 untuk ke selatan kalau nk forward facing.
Saya tanya untuk koc F dan nampak tak sama dgn gambarajah.
Hi Md Jasmi,
maaf lambat reply, Encik dah selamat menaiki ETS 1 Sept haha. Saya beli tiket di kaunter pun selalu staff cakap macam tu, depa taktau arah atau tak tentu arah hadapan depa kata, tapi sepanjang saya naik ETS ni, masa mula2 dulu ja dia ada yang kepala dia terbalik, sekarang semua dah seragam, ke utara kepala Koc F dulu jalan, dan ke selatan kepala Koc A dulu jalan.
Memandangkan encik dan naik, boleh ceritakan seat yg encik pilih dan arah nya? untuk pastikan samada gambar yang saya berikan ralat atau tidak.
Hi Wani, saya ikut cakap staff KTMB berdasarkan perbualan telefon kami.
Nampaknya staff tersebut salah bagi maklumat. Gambarajah awak betul.
Saya call KTMB lg & kena walk-in ke kaunter utk menukar tempat2 duduk.
Dicadangkan utk awak better inform KTMB berkenaan blog awak. Tahniah!
Assalamualaikum. Cik Wani. Seat dy boleh recline tak? Risau jugak nak travel jauh, kena duduk tegak je, sakit jugak pinggang
W’salam Ain,
Seat alhamdulillah setakat saya ulang alik ni semua elok boleh recline, tapi tak banyak lah, dicadangkan untuk bawa bantal travel tu, boleh la sendeng2 kalau lenguh 😀
Thanks for your info.. its very nice advice to choose the seat.. buat orang yang suka pening ..hehe
U r wlcm Shanis 😀
coach F kl sentral ke padang besar tak ada seat no 15. so seat 12 & 13 ke yg menghadap?
Ada beberapa seat yang tak available di web, sebab rasanya seat tu dah block untuk staff ets yang bekerja rasanya.. tp apa2 pun nanti saya doublecheck balik na, tq 🙂
Apa beza platinum dan gold? Trima ksih
Platinum tak berenti banyak stesyen, so dia cepat sikit, gold berenti banyak stesyen, dan gold tiket dia lg murah dari platinum
As salam Wani..
saya nak gerak dr KL Central ke Padang Besar. Ada ke Night Sleeper coach? Tq
W’salam..sekarang dah takda yang tu..semua ETS seat biasa saja, lagipun perjalanan dah tak lama macam dulu 😀
Hi sis Wani. Saya nak tanya sekiranya dah buat booking ticket nak tukar seat boleh tak?
Hi, jika dah booking online, tak boleh tukar seat, kalau nk tukar kena minta refund tiket lama dan beli tiket baru, x dapat refund 100%, kalau x silap saya 70% saja rasanya
Hi Wani,
Would like to seek your advice to make a trip from Gemas to Padang Besar, only prefer seat no facing each other and seat with rack for big luggage space, I don’t mind facing North or South, I have three big luggage, easy to keep an eye open on these luggages, is these seat having a
large foot space too ?
Terima Kasih.
answered in your latest comment
Salam sis. Bag space tu mksd nya apa ya??
w’salam, Tempat letak bag, kalau bag besar2 boleh letakk sini
STUPID Q&A MY POSTED QUESTION NOT ONLY UNANSWERED BUT DELETED, STUPID WANI
Hi Stella,
WOW what a comment! very clever and nice of u. FYI all the comments here need to be approve before it shows here, I’am super duper busy and just have time to look at my blog (whatever macam lah kau kisah kan).
1st, this is not the official KTMB web, if you want to ask any questions regarding KTMB or ETS please go to their official web.
2nd, If you read carefully between the lines and look at the chart given, U will automatically know which place facing the bag space because you are very clever tahap clever girl malaysia (answering your question).
Have a nice and clever day Stella.
Salam wani
Terima kasih atas info..
Cumanya, saya nak confirmation utk seat facing each other utk KOC D.. Seat 1 dan 2..
Saya nak ke KL dr Perlis… Tetapi saya tgk seat 1 mengadap ke south dan 2 mengadap ke north..nampak mcm membelakangkan sesama sendiri..mohon pencerahan.. Maklum balas dr wani, amat saya hargai..
w’salam Zila,
ETS dari perlis ke KL akan jalan dengan Koc A sebagai kepala. Untuk Koc D, Seat yg facing each other adalah 1(A,B,C,D) akan mengadap 2(A,B,C,D). Seat 1 akan kedepan dan seat 2 akan kebelakang. tengah2 antara seat tu ada meja.
Apa yg saya faham skrg..
seat 1(A,B,C,D) mengadap ke selatan(depan)
Seat 2 (A,B,C,D) mengadap ke utara (belakang)
Begitu ka? Kalau begitu, saya masih nampak yg kedua2 seat tu membelakangi each other…huhu..
Maaf no..payah sungguh nak paham ni…
hahaha..tak..susah nak explain sebenarnya, kalau Zila naik nnt cuba ronda2 dalam koc hehehe..actually mcm ni, bila Koc A kepala, untuk Koc A, B, dan C seat number kecik (1-7/8) jalan dulu dan mengadap kedepan..dan koc D, E, F akan jalan dengan number besar dulu (last seat di koc tu), sebab tu kalau tengok jaual tu untuk Koc A, B,C dan D,E,F dia mcm mirror, So untuk situasi di koc D ni, seat di depan mula dengan seat number besar, dan last sekali seat 2 dan 1 yang mengadap each other. Kiranya seat 1 tu adalah seat paling hujung dalam koc D.
Ooo ok…so maksudnya kalau dari KOC C (cafe/musola) saya masuk KOC D, saya akan jumpa seat 11 dahulu? Betul ka?
Kalau betul, baru faham…hehe..
Ya betul..tept sekali hehehe.. 😀
salam Wani,
nak tumpang tanya anak saya suka main, jadi saya tengah cari seat yang ada space di depan. kami nak bertolak dari Alor Setar ke Sungai Buloh, nak facing arah yang betul juga supaya tak pening …:) jadi nak tanya untuk Kod C, 4A, 4B, 4C dan 4D itu, depan adalah space atau tempat untuk luggage ya? dan arah betul? tq very much ya.
Hi Nee,
Koc C seat row4 depan dia seat yang lain, kalau perlukan space, wani cadangkan ambil Koc D, seat row 11 ka atau mana2 seat yang last sekali di Koc D tu, sebab koc D seat last sekali ada ruang besar di depan dia, dan juga mengadap tv, boleh main situ dan boleh tengok tv, dan arah dia memang mengadap ke south.
salam wani. maaf ganggu. jwpn utk soalan nee ni bagi menghala ke south kan. kalo utk menghala ke north nak ambik yg mana ya? sy nak travel dgn anak berdua dan nak seat yg depan sekali dkt tv. tq ye wani….
W’salam Shakila,
Kalau nak seat depan sekali arah North boleh ambik Koc D Seat 2, (ada meja dan berhadapan dengan seat 1)
Koc E seat 1, atau
Koc F seat 1.
Untuk seat 1 koc E dan F tu betul2 depan sekali, bagi saya yang mempunyai ketinggian kategori sederhana ni seat tu sedikit sempit bahagian kaki dia, sebab tak dapat nak melunjur kaki pasai depan dia dinding haha.
Terima kasih banyak2 wani…memang sangat2 membantu..
Sama2
good info sesangat.. takde laa pening nak pilih seat nanti.. 🙂
Assalam wani, akk nk tanya katalah akk 4 branak dr kl nk ke pdg besar.. nak semua seat mengadap ke depan, xnak gostan.. then nk yg ada space beg sbb beg troli je dah 2 so seat mana yg sesuai? Nak Yg dekat gakla dgn toilet..
W’salam,
Dicadangkan akak ambik seat di Koc B atau F yang bertanda ‘north’ dalam table yg wani sediakan tu. Seat disitu mengadap depan dan dekat dengan tempat bag. Toilet ada di setiap antara 2 Koc
Salam..,saya nk tnya kalau saya nk balik kl dari butterworth saya perlu amik south kan..
Kalau saya pilih Koc D ( 1a,1b) betul tak? tq
W’salam,
Betul, tp seat tu mengadap org di depan dan ada meja ditengah
Hi Wani,
Saya nak tanya klu saya naik dr kl ke Butterworth, bawa warga mas ( guna tongkat) dan mau dekat tandas, so saya patut pilih kod D, kan? Tapi seat row mana patut dipilih untuk mudah pergi tandas? Minta Wani nasihatkan. TQ.
Hi Tan,
Saya nasihatkan dari Kl ke butterworth, ambil Koc C, seat 8 hingga 10. Seat ni dekat dengan tandas, cafe dan menghadap ke depan semasa Train bergerak.
Untuk dari Butterworth ke KL pula, Tan ambil Koc D, seat 7 hingga 11, seat ini dekat tandas, dan juga masih mudah jika nak ke cafe, sebab bersebelahan saja.
Kedua2 koc ini bukan sahaja dekat dengan semua kemudahan, malah mudah untuk dinaiki kerana terletak di tengah2, jarak perjalanan dari gate/tangga di stesyen lebih dekat berbanding koc lain.
owh ya, maaf Tan, saya nasihatkan untuk KL- butterworth, masih pilih Koc D juga, sebab saya terlepas pandang isu kesesakan di kawasan cafe, untuk memudahkan perjalanan menggunakan tongkat, better untuk ambil Koc D seat 2 hingga 6 (mengadap ke depan dan seat 6 paling dekat dengan tandas). Untuk butterworth-KL, Koc D seat 7 hingga 11 (mengadap ke depan dan 11 paling dekat dengan tandas).
Hi Wani,
Satu soalan lagi, minta Wani cadangkan row seat dlm kod D utk warga mas yg berdekatan tandas klu naik dari Butterworth ke KL pula. TQ!TQ!
Hi Tan,
saya dah jawap sekali dekat komen Tan yang sebelum ini. Enjoy your ride 🙂
Assalam saya ada beli tiket dari alor setar ke kl sentral platinum koc D seat no 10A 10B adakah menghala ke depan ? Pastu dari kl sentral ke alor setar gold koc B seat 12A 12B adakah menghala ke depan jugak ? Seat yang saya beli tu tak terbalik kan ? Sbb takut pening
W’salam,
Ya, mengikut jadual tu dua2 seat tu betul menghala ke depan 🙂
hi wani nk tnya,
klau dr pdg besar ke hat yai tren dia what time ya..n hat yai to pdg besar..sbb senang nk booking ets blk kl
Hi Linda,
Maaf saya tak pernah lagi naik train Hat yai, mungkin Linda boleh check di web rasmi KTMB 🙂
Hi..if sy dari seremban nk ke tanjung malim..seat north ke yg sesuai utk menghala ke sana..means xdela sakit kepala time tgok kt tingkap…
Hi Ceknie,
Yup, seremban ke Tjg Malim pilih seat ‘North’
Salam..tapi mase tu sy tanya kaunter tiket KTM, dia kata seat no 1-8 ke arah utara, seat no 9 above facing selatan.. Sekarang saya macam dah confused pulak..huhu
W’salam Zaty..
Seat dia x sama untuk setiap Koc..Zaty tanya untuk koc yang mana? Sorry to ask, but staff kat kaunter pernah naik ETS tak? XD
Salam Wani, just an update. Saya dah beli ticket coach D, row 9 dari KL – Ipoh, baru terbaca blog ni. Mengikut info yg Wani share, nak ke Ipoh kena pilih seats yg labelled as ‘North’ kan? Saya risau jugak mula2 sbb ikut kan seats yg saya pilih ni labelled as ‘South’. But alhamdulillah masa naik seat kami facing forward. Just to update yg kemungkinan seating arrangement ets ni boleh berubah. Tolong betulkan jika saya ada tersilap ye. Anyway thanks for the info sharing Wani! 🙂
W’salam, Ya betul..sebab kadang2 dalam banyak2 trip, akan ada trip yang dia terbalik kedudukan, tp sepanjang saya naik ETS ada 2 kali ja trip dia yg terbalik, contohnya sepatutnya dia jalan Koc A dulu, tp trip tu dia jalan Koc F dulu 😀
dari tampin/pulau sebang to padang besar better pilih seat mana ye?
Hi Lim, Dari Tampin ke Padang Besar bolh pilih seat ‘North’
Hi Wani, saya ikut cakap staff KTMB berdasarkan perbualan telefon kami.
Nampaknya staff tersebut salah bagi maklumat. Gambarajah awak betul.
Saya call KTMB lg & kena walk-in ke kaunter utk menukar tempat2 duduk.
Dicadangkan utk awak better inform KTMB berkenaan blog awak. Tahniah!
KALAU SAYE DARI PENANG KE KL ,NAK PILIH SEAT MANE UNTUK ETS PALTINUM
south
salam wani. saya bawak baby so plan nk seat yg byk space kut bole letak stroller kat depan seat in case baby nk tdo. nak tanya..kalau saya ke arah utara (kl-b’worth) seat mana yg spacey? tak kesah mengadap ke depan or blkg sbb sy xde mslh pening.
w’salam fatin,
Kalau lebih kepada nak space utk stroller, better ambil Koc D seat 11, ruang depan dia sangat luas, koc lain agak sempit untuk stroller. tp kalau utk bg baby rest, better ambil yg ada meja di depan, just bawa lapik utk baby dan baby boleh tidur atas meja. seat yg ada meja adalah:
Koc A= 14 & 15
Koc B= 13 & 14
Koc C= 10 & 11
Koc D= 1 & 2
Koc E= 13 & 14
Koc F= 14 & 15
TQVM sis.. sng saya nak pilih seat lps ni.. awkward gila dua kali pilih seat facing yg ada family. tpaksa laa hadap 3 jam tu buat2 tido..huhuu
Sis. Bag space tu pe mksdnye ye?
tempat letak bag
Tq very much Ms Wani, great effort to give out this important info, appreciate it very much.
^_^
Good Info. Terima Kasih.
assalam wani, akak nk tanye, akak 1st time nk naik ets ni.. akk cdg naik dr Seremban ke arau…. akk pergi berlima..akak,suami,anak anak 3 orang..boleh wani cadang x akak ambik seat mane.. hihi xnak pening dan xnak berpisah ngn anak anak
Salam kak zue,
Kalau akak nak duduk sekali, wani cafangkan akak pilih kerusi yang facing each other.
Koc A= 14 & 15
Koc B= 13 & 14
Koc C= 10 & 11
Koc D= 1 & 2
Koc E= 13 & 14
Koc F= 14 & 15
semua seat ABCD
Contoh kalau Akak ambil
Koc B= 13A, 13B, 14A, 14B dan 13C
4 seat duduk sekali, 1 seat lg disebelah (13C)
x jauh, just sebelah je hehe..
Salam wani..kak nak tanya klu dri kl ke bukit mertajam kak bawa baby dan tak mau seat yg berhadapan penumpang lain,sesuai tak ambil koc E 1a1b /2d2c (utara) tak ade meja tak pe..
Ada yg akak tgk seat yg ada meja tpi tak mengadap penumpang lain ..boleh bgi info koc dgn no seat tak..tq
W’salam,
Boleh kak, kalau akak ambil E 1a1b, akak mengadap dinding (ada tv ), kalau akak ambil E 2c2d, depan dia meja, depan meja tu kosong.
askum..sy nk tanya klu saya dari bukit mertajam nk mehala ke kl sentral ambik arah mana ye..selalu tersilap pilih arah..jd lawan arus pening pala hii
W’salam Waheeda,
ambik South
As salam wani…
Nk tanya di Koc D ada ke ruang penyimpanan luggage?
Klu tgok dari gambar seat layout tu…hanya koc A, B, C, E & F ada bertanda ‘bag Spaces’. So, utk penumpang di Koc D, dimana nk letak luggage besar ye?
W’salam Liza,
Koc D ada jugak tempat simpan Luggage, cuma dia takda rak, sebab Koc D memang ada ruangan yg luas untuk wheelchair atau stroller, boleh letak luggage disitu.
Nak tanya, gold dan platinum dua dua ada seat yg ada meja face to face ke? Atau platinum je yg ada meja face to face?
Dua2 sama, susunan seat pun sama jugak untuk gold dan platinum.
salam sis, seat koc c 10D mmg akan facing 11D ke?bukan seat 7 dgn 8 ke yg facing each other?
W’salam,
Ya, 10D facing 11D, seat 7 membelakangi seat 8.
Koc D, E, F susunan kerusi berlainan daripada koc A, B & C. Koc ABC, kerusi no 1 adalah di hadapan, manakala koc DEF kerusi no 1 adalah di belakang.
Betul, sebab itu ABC facing South dulu dan DEF facing North dulu, kedudukan di depan atau belakang bergantung pada arah yang hendak dituju.
Salam Sis,nak tanya kalau dari perlis nk ke ipoh kan, ambik seat south ke?
W’salam, ye ambik south
Salam Wani,
Skrg Oct 2019, utk book tiket ETS setiap koc A-E, both gold & platinum, ada option seat 1 ABCD – 19 ABCD (total 5 koc, 19 row setiap koc, 4 seat setiap row, x ada bag space apa semua tu). Mungkin koc train ets dah lain? Kalau Wani still kerap naik ETS mungkin boleh update panduan pilihan seat ni, hehe. Tq banyak2, semoga murah rezeki ya.
w’salam,
Terima kasih untuk update ni, yup wani dah 5 bulan x naik ETS, mungkin dah ada train baru, sebab ETS pun dah ada business class bermula Nov 2019 😀
assalam wani…thanx for info yg sgt2 berguna..cuma skrang nk book online ade seat no smpi 19…mcm mane ye nk pilih seat?harap wani dpt update info terbaru?:) n lg satu nk tanya,seat yg facing each other, can still recline mcm seat lain ke? tq for ur help:)
w’salam nadia,
InsyaAllah akan update dalam masa terdekat berkenaan seat 19 tu. Untuk seat facing each other masih boleh recline seperti seat2 yang lain 🙂
Salam wani..kalau kak nk ke bukit mertajam(utara) 2 dewasa (termasuk kak) dgn seorg baby ..tak nak seat yg mengadap orang..jdi kak ambil yg mana? Sesuai tak koc E 1a1b/2c2d..arah utara..kak tgk mcm ada seat yg ada meja tpi tak mengadap org yg mne ya?
Salam… Adeh blur kalau saya dari alor star le kl amik koc c 10a,b,c,d tu mengadap depan ke? Andai kata nk tukar boleh ke/ada cas?
w’salam,
kalau ikutkan list saya tu mengadap ke belakang, tp ada beberapa org yang cakap seat terbaru ada sedikit perubahan. Kalau nk tukar seat saya x pasti, tapi reschedule boleh buat sekurang2nya 24hrs before departure, so boleh try request untuk tukar seat.
Kalau coach F 9D South menghadap kebelakang ka… Taiping ke kl
kalau Taiping ke KL, betui dah tu..ambik South
Assalam Wani,
Sy nak tanya saya nak beli tiket dari Butterworth ke KL seat yang mana sesuai tuk saya yang ada ank 1 tahun dan xnak berhadapan dengan org.
Tq Wani
w’salam,
Boleh ambil seat yg berlabel ‘South’, dan elakkan ambil seat2 dibawah ini sebab seat ni mengadap orang lain:
Koc A= 14 & 15
Koc B= 13 & 14
Koc C= 10 & 11
Koc D= 1 & 2
Koc E= 13 & 14
Koc F= 14 & 15
[…] Semak post ETS seat layout yang lama di SINI […]
As salam Wani,
Saya nak bawak 2 warga mas dari Butterworth ke KL. Saya nak tanya, tau x seat mana yg x dekat dengan tempat announcement? Pernah saya dapat tempat betul2 sebelah tempat announcement, asyik terkejut je, terjaga dari tidur, dan kuat pulak tu sebab sebelah je
W’salam Atul,
hahaha menarik soalan ni, saya tak pernah terfikir nak check tempat announcement, betul ada sesetengah seat bila time announcement bunyi dia kuat, kalau tak silap saya speaker tu terletak di screen tv yang terlekat di atas tengah2 laluan dalam train, skrin tv tu pulak ada 2 unit setiap coach dan membahagikan coach tu kepada 3 bahagian, so kalau nak jauh sikit kena ambil seat yang mula2 masuk coach atau seat akhir setiap coach, info ni betul kalau speaker tu hanya terdapat di skrin tv tengah2 laluan sahaja, untuk lebih kepastian kena tanyakan staff yang bekerja di dalam ETS, staff di kaunter rasanya kurang arif bab ni 😀
Assalamualaikum Wani,
Just utk confirmation…kalau dr arau ke kl sentral ets platinum (ETS1), sy tgk online layout set smpi 19…so kalau sy ambik Coach B, seat 13-14 tu still facing each other ka?
W’salam Sharifah,
Ya betul, untuk ETS Platinum dari arau ke kl sentral Coach B seat 13-14 facing each other. Layout Seat dalam ETS online tu memang akan ada sampai 19, tapi tak boleh select pun sebab seat tu memang takda 😀
Alhamdulillah. pahala berterusan dgn amal jariah ni. Sampai skg masih update. Terima kasih byk2 memudahkan orang lain untuk check seat location. Tapi saya macam nak marah je kat KTM. Benda ni patut dah ada dlm diorang punya ticketing system. Hmm.
Sama-sama, saya update jadual seat untuk kegunaan saya juga, senang rujuk setiap kali nak naik ETS, alang2 baiklah share dengan orang lain sekali kan, alhamdulillah ada blog ni sebagai medium menyebarkan info2 berguna hahaha…kalau tak keberatan boleh la Encik share2 juga dengan kawan2 Encik 😀
Nak tanya pasal coach D.
Dalam web coach D – seat 2 hingga 8 facing north… dalam file yg download coach D seat 2 hingga 6 saja yg facing north … mana satu yg betul ye?
Assalam Wani, tolong confirm semula untuk coach D, seat mengadap north tu 2 hingga 6 atau 2 hingga 8 …. thank you… ada 2 versi.
w’salam, maaf lambat reply, saya baru lepas check, ETS GOLD coach D dalam web KTMB seat 2-6 mengadap ke utara, dalam table saya pulak 2-8 mengadap ke utara, table saya tu betul setakat bulan 3 last saya naik, untuk lebih yakin saya nasihatkan baik encik follow dalam web rasmi KTMB, sebab sepatutnya dalam web rasmi akan lebih accurate, Encik dah naik ka? kalau encik dah naik mungkin encik boleh sahkan balik susunan seat dalam table saya ni 😀
**UPDATE SEAT COACH D
Salam En, Saya ada menaiki ETS GOLD pada 27 Sept 2020 dan menyemak semula seat dalam Coach D, didapati Seat mengadap ke utara dalam Coach D adalah dari 2 hingga 6, seperti yang dinyatakan dalam web rasmi KTMB. Terima kasih 🙂
As salam Wani, sy nak belikan tiket online dari gurun ke sungai buluh untuk mak ayah sy yang dekat dengan tandas. Koc dan seat ape ye? Betul ke untuk warga emas harga tiket separuh harga?
W’salam Huda,
Dari gurun ke sg buluh boleh ambik seat bertanda ‘South’. Tandas terdapat di antara koc A&B, koc D, dan antara Koc E&F. Seat yg mengadap ke south dan dekat dengan tandas adalah Seat 1-3 Koc B, Seat 11 koc C, Seat 1 koc D, seat 15 Koc E. Susunan seat ni benar untuk ETS gold dan platinum yg biasa, tidak terpakai untuk ETS yg ada business class. Sebab ETS yg ada business class susunan seat dia lain sikit.
Untuk warga emas dapat 50% diskaun, perlu sertakan no k/p dan pilih ‘warga emas’ masa nak beli tiket online.
Hi Wani,
Nak tanya jika seat hanya tertinggal OKU saje, boleh x pilih tu seat atau memang utk OKU saje ya? Macam tidak bertanggungjawab beli OKU punya seat ya.
Terima kasih 🙂
Hi Boon,
Platform online ticket ETS yg lama tak dinyatakan seat OKU walaupun seat tu untuk OKU, so selalunya org booking ja seat tu, tapi untuk platform KITS ni dia ada tulis siap2 seat tu untuk OKU, saya pun akan serba salah juga kalau nk pilih seat tu, sebab memang dah ditulis khas untuk OKU. Bergantung pada diri lah kut kan
Hai wani, kalau daripada gemas ke kuala kangsar betulkan kena amik seat north?
Hi Fara,
Ya betul, dari gemas ke kuala kangsar ambil ‘North’.
Assalamualaikum.
Maaf saya nak tanya.
Saya dari kl ke ipoh
Suami isteri dan anak 3 orang (1 baby)
Mudahnya ambil seat yg ada meja ke?
Boleh cadangkan seat yg mana ada meja.
Dekat dgn tandas pun ok
w’salam,
selalunya yang bawa baby better ambik seat yang ada meja, lebih selesa menguruskan baby, seat yang ada meja adalah seat yang facing each
Koc A= 14 & 15
Koc B= 13 & 14
Koc C= 10 & 11
Koc D= 1 & 2
Koc E= 13 & 14
Koc F= 14 & 15
susunan ni adalah untuk ETS gold dan platinum, bukan ETS yang ada business class.
ASSALAM.. NK TANYA. MANA YANG BEST SEAT COACH YANG BERDEKATAN CAFE. CUMA YANG NAK PERGI KE KLS DARI KEDAH. CUMA TAK NAK SEAT ADA FACING OTHER…
w’salam, dari kedah ke KL sentral pilih seat yg saya tandakan ‘SOUTH’, untuk nak duduk dekat dengan cafe boleh ambil seat di Coach C. Seat yg mengadap orang adalah seat row 10 dan 11, so dinasihatkan elak dari ambil seat 10 dan 11 🙂
Hi sis , ni first time travel nak pakai ETS dari KL sentral ke Gemas .. so I nak mintak pendapat seat mana yg tak hadap each other n mana satu north or south .. saya dah baca still kurang paham hehe .. maaf susah kan sis , tq sis
Hi Iraa,
Untuk ke Gemas dari KL Sentral, boleh pilih seat yg saya tandakan ‘South'(warna biru)
Jika taknak seat yg facing each other, boleh elakkan dari memilih seat2 dibawah:
Koc A= 14 & 15
Koc B= 13 & 14
Koc C= 10 & 11
Koc D= 1 & 2
Koc E= 13 & 14
Koc F= 14 & 15
Hi Sis, saya nak pergi dari Batu Gajah ke KL Sentral. Boleh tlg suggest seat mana yang paling sesuai supaya tak pening dan saya tak mahu facing each other. Thank you Sis
Hi Divi,
Dari KL Sentral ke Batu Gajah boleh pilih seat yang saya label ‘North’, dan cuba elakkan dari memilih seat yg saya update ‘Facing Each Other’ tu ya 😉
Terima kasih kak Wani, kalau dari Batu Gajah ke KL Sentral, bagaimana pula ya kalau tak nak seat yg buatkan kita pening waktu travel?
sama-sama 🙂 Batu gajah ke KL pula ambik seat yang label ‘South’
hi wani! nak tanyaa unruk seat business class dari butterworth ke kl sentral, dia arah south or north? sebab direction dekat jadual takdak bagitau. thankyou!
im sorry, arah kl sentral ke butterworth. tertukar pulak hee
Hi Hanes, untuk business class tak perlu pilih arah, sebab kerusi business class boleh pusing, so setiap kali before train gerak diorang memang akan pusingkan siap2 seat semua mengadap ke depan 😀
Assalamualaikum, terima kasih atas gambar and tips nak pilih seat. Kalau saya dari kl sentral nak ke ipih, kena ambil seat ‘north’ kan? sebab menghadap ke utara. betul ke?
w’salam Yati, ya betul, dari KL sentral ke ipoh kena pilih ‘north’
Saya nak balik dari tasek gelugor, penang ke kl sentral. Seat window mana yang boleh nampak landasan keretapi sebelah ya A or D…sebab saya tanak pandang hutan sahaja ke ada satu landasan je along the way?
Ke selatan boleh ambil seat D untuk koc A, B & C, dan seat A untuk Koc D,E & F. Tapi nanti sepanjang perjalanan tak nmpak sangat pun landasan sebelah tu, sebab train tinggi, dan lebih kepada nampak permandangan luar.
Assalamualaikum wani , harituh saye beli tiket online dan saye pilih seat 8A (koc C) . Saye dari ktm sungai buloh untuk balik ke ipoh so betol ke saye pilih seat tuh sebab saye dapat seat yang mengundur
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ wani.
Saya akan naik ets platinum butterworth-kl sentral-butterworth. Saya travel with 2 toddlers so akan bawak stroller twins tu. Nak tanya wani tolong rekemen seat yg agak luas yg saya bole selit stroller sy yg besar tu. Anyway, saya akan amik 2 seats sbb nk bg lebih selesa kami anak beranak. Thank you ye awak.
Salam Fatin,
Cadangan wani ambik coach D, sebab coach D ada ruang yg luas berbanding coach lain. elakkan ambil coach C sebab coach C ada cafe dan surau, memang sesak dan agak sempit. sekiranya takda langsung tempat kt coach D, boleh ambil Coach A atau F, nanti stroller boleh letak di entrance yang hujung sekali, sebab coach A dan F ni ‘end coach’ untuk arah utara dan selatan, entrance hujung sekali orang tak ramai pakai.
Hai wani! Koch apa yang depan seat dia luas… Maksudnya takda apa apa termasuk bagi space
Koc D ada depan seat yg luas, dulu kalau ada yang tanya nak seat luas untuk senang bawa kanak2 atau untuk stroller ka memang wani suggest ambik koc D, tapi dalam system booking tiket yg baru (KITS) seat tu di reserved untuk OKU, sebab memudahkan OKU untuk bergerak dan dekat dengan tandas dan lain-lain…makanya..macam semua seat yg biasa ruang dia sama ja 😀
Salam Wani,
Nak tanya, dalam system booking tiket yang baru (kITS) seat di Koc D tu di reserved untuk OKU, boleh ke orang biasa untuk beli seat tu memandangkan seat lain untuk setiap koc dah fully book?
W’salam Nurul,
Tak boleh kecuali memiliki kad OKU, sebab nanti bila select seat tu automatik tiket akan jadi ‘For OKU’. Kalau masih teruskan beli dan naik train tu, nanti staff cek kena denda
salam, saya nak pi IPOh dari KL SEntral (1 orang sahaja). SEat mana yang sesuai (nak tengok depan)
Hi Chantra, boleh pilih seat yg saya labelkan ‘South’, semua seat ‘South’ akan mengadap ke depan jika bertolak dari KL Sentral untuk ke Ipoh.
Info yang sgt berguna. Terima kasih.
Hi sis, thank you for your useful info. I ada confuse sikit untuk pilihan seat sebab you ada old train dan new train. ticket yang i beli ialah untik KL Sentral > Padang Besar > KL Sentral ETS EP9272 (Coach B, 2A & 2B) and EP9279 (Coach E, 7C & 7D). boleh sis confirmkan my pilihan seat betul tak untuk North / South. I pening kalau opposite direction 🙁 thank you!
Hi May,
Both EP9272 and EP9279 ada business class di coach A, dua2 guna layout baru, seat 2A & 2B menghala ke utara, dan seat 7C & 7D menghala ke selatan.
hi sis kalau dari Bukit Mertajam nak ke Ipoh kena ambil south ke north ye? mohon jawab
BM ke Ipoh ambil South