Panduan susunan dan pemilihan seat ETS

ETS_05

Salam,

Tahukah anda yang seat dalam ETS mempunyaiΒ dua arah, satu akan mengadap ke utara dan satu mengadap ke selatan!

ETS_02

Sepanjang kami menaiki ETS, arah perjalanan dan arah seat adalah ‘isu besar’ untuk menaiki ETS. Kami pernah ‘tersalah’ pilih seat, maka sepanjang perjalanan akan sentiasa mengadap ke belakang, untuk sesetengah orang macam kami ni, boleh pening dibuatnya, dari penang ke KL sentral Β 4 jam semuanya bergerak kebelakang, sampai KL terus muntah -_-Β Β Oleh itu, ini ada tips bagaimana nak pastikan anda memilih seat yang betul ke destinasi anda, panduan ini adalah amat berguna untuk yang membeli tiket ETS online, kerana anda boleh memilih seat anda sendiri πŸ™‚

Jadual boleh di download di sini:Β ETS_Seat_Layout

Jadual ini adalah hasil ‘siasatan’ personal kami sepanjang kami menaiki ETS bermula awal tahun 2016 πŸ˜€

 

Antara kemudahan yang terdapat dalam ETS adalah:

Tandas: Koc B dan E

Tandas OKU: Koc D

Cafe: Koc C

Surau: Koc C

Power point (plug): disetiap bawah seat antara seat A&B, dan C&D.

Koc D juga terdapat OKU Reserved area, bagi penumpang OKU yang menggunakan kerusi roda, tongkat, atau memerlukan pertolongan dari kru ETS, dinasihatkan untuk mengambil seat di Koc D, kerana semua kemudahan OKU serta staff berada berdekatan Koc D.

ets_04
Power point di setiap bawah seat penumpang ETS

 

ETS_03
Safety Procedures ETS

 

South (Selatan) adalah ke arah Johor & KL Sentral

North (utara) adalah ke arah Ipoh, Penang, &Β Padang besar

 

Selamat ber-ETS!

Thank you!

ETS_01

 

**UPDATE**

Wani dapat banyak pertanyaan tentang seat yang facing each other. Seat facing each other ni maksudnya akan ada meja di hadapan seat, dan orang yang duduk di seat tu akan mengadap orang seat hadapan. Selalunya kalau bawak baby atau naik ETS dalam group bagus lah ambil seat ni, sebabnya kalau bawa baby nanti ada space sikit untuk uruskan baby. Seat yang facing each other adalah:
Koc A= 14 & 15
Koc B= 13 & 14
Koc C= 10 & 11
Koc D= 1 & 2
Koc E= 13 & 14
Koc F= 14 & 15

 

51 Comment

  1. zety says: Reply

    good info…lepas ni boleh beli tanpa was2… btw susah naww tix ets masa raya ye…online asyik xde ja

    1. wani says: Reply

      hehe thank you πŸ˜€
      time raya mmg susah, cuti sekolah pon sama, selalu penuh, kalau dapat pon seat tak ‘cantik’ hehhe.. selamat ber ETS! πŸ˜€

  2. maddy says: Reply

    maksudnya, kalau saya dari KL sentral menuju ke padang besar, so saya perlu pilih seat NORTH dan dari padang besar – KL, saya perlu pilih seat SOUTH kan?

    1. wani says: Reply

      Ya betul πŸ™‚

      1. Kirin says: Reply

        Salam,
        nak tanya, kalau seat yang facing each other seat nombor berapa ye?

        1. wani says: Reply

          Kalau tengok table yang saya buatkan itu, tengok arah yang ‘pelik’, contohnya jika ke selatan (menuju ke KL sentral) seat yang ke South adalah coach A number kecil (1 hingga 8), tetapi ada 1 seat yang mengadap ke North, maknanya seat itu (yang mengadap ke north tu) dan 1st seat selepas north tu yang facing each other.

  3. Nas says: Reply

    Salam nak tanya, kalau saya dari KL nak ke utara, seat yg menghadap ke depan is yg warna pink atau hijau ye? as in yg dalam gambar ETS Safety Procedure

    1. wani says: Reply

      W’salam, Kalau dari KL ke Utara, ambil seat yang saya tandakan ‘North’, gambar dalam safety procedure ETS tu ada ralat sikit, saya tak sure diorang sedar atau tak, seat kedua2 arah tu tak betul dalam safety procedure. Semak pada jadual yang saya buatkan, pilih ke ‘North’ πŸ™‚

  4. jatjat says: Reply

    terima kasih atas info seat facing.. sy dok berulang balik setiap minggu ke utara dr ipoh, hrp dgn adanya tips ini boleh membantu saya menyelesaikan kes pening akibat silap facing … πŸ™‚

    1. wani says: Reply

      Sama2 πŸ˜€

  5. Mohamad says: Reply

    Maksudnya, kalo sy dr sungai petani ke kl, kalo nak pilih seat yg hala ke depan, ambik yg awak kelaskan sbg south la ye?

    1. wani says: Reply

      HI Mohamad, ya betul, nak ke KL ambil South πŸ™‚

  6. Zainal says: Reply

    TQ for your effort.

    1. wani says: Reply

      πŸ™‚

  7. June says: Reply

    Hi! Tq atas info ni….nak tanya pelan duduk ni sama dlm ets gold dan platinum? Kedua-dua ada cafe? Tq!

    1. wani says: Reply

      Hi June, Ya sama untuk kedua2 Ets Gold dan Platinum πŸ™‚

  8. zuraini says: Reply

    tq sis,, good info

  9. Sujatha S.Nagarajan says: Reply

    Ada power point ke?saya x pernah nampak pun

    1. wani says: Reply

      ada dibawah kerusi, tengah2 antara 2 seat (macam dalam gambar yang ditunjukkan diatas)

  10. masanila16 says: Reply

    Terimakasih tuan tanah…. sangat2 berguna

    1. wani says: Reply

      sama sama πŸ™‚

  11. azira says: Reply

    kenapa ssh nk beli online?

    1. wani says: Reply

      KTM ada upgrade sistem diorang haritu, sekarang dah ok, tiket online boleh beli di http://intranet.ktmb.com.my/ktmb_ui/

  12. Rosanita Mohamad Tahal says: Reply

    Terima kasih atas info dan perkongsian yang diberi..
    Sangat bermanfaat ni..

    1. wani says: Reply

      sama2 πŸ™‚

  13. izza says: Reply

    nak tanya, apa maksud yg bag space tu ? maksdnye seat tu je ke ade space untuk letak beg?

    1. wani says: Reply

      Bag space tu maksudnya tempat simpan bag, ada 2 tingkat, bag besar boleh letak disitu, kalau bag kecil boleh letak di compartment bag atas seat sahaja.

  14. Jazzakallahukhairan khathiro. Info yang amat berfuna, KTMB patut lebih bijak sbb masalah ini takda maklumat tp merupakan masalah yg ditanggung ramai pihak.

    Terima kasih atas jasa baik

    1. wani says: Reply

      sama2 πŸ™‚

  15. mohamad akmal bin azemi says: Reply

    bila tiket ets boleh start dibeli? sebulan seblum perjalanan? setengah tahun?

    1. wani says: Reply

      Selalunya 2 bulan, contohnya harini Feb, tiket boleh beli sehingga tarikh perjalanan 31 March

  16. INTAN says: Reply

    TERIMA KASIH SIS.. SGT HELPFUL sbb ada mention tandas oku n so on.. tenkiu.. moga Allah memberkatimu sis

    1. wani says: Reply

      sama2 ^_^

  17. SITI SAFFIAH OMAR says: Reply

    kalau sy dr gemas nak ke kl,sy perlu ambil seat north or south?

    1. wani says: Reply

      gemas ke KL kena ambil north, sebab dia menuju ke atas (utara)

  18. Siti says: Reply

    a very very good homework sis… yes, very helpful and useful information especially to people like us who have motion sickness… tqvm indeed

    1. wani says: Reply

      U r wlcm ^_^

  19. zura says: Reply

    kalau sy dr kl sentrl > pdg besar seat mana yg facing each other ?

    1. wani says: Reply

      Seat yang facing each other adalah:
      Koc A= 14 & 15
      Koc B= 13 & 14
      Koc C= 10 & 11
      Koc D= 1 & 2
      Koc E= 13 & 14
      Koc F= 14 & 15

  20. mira says: Reply

    HII Kalau sy dri kl sentral – padang besar seat mana yang menghadap ke depan..

    1. wani says: Reply

      Hi Mira,
      Dari Kl Sentral ke Utara pilih seat yang saya tandakan “NORTH” πŸ™‚

  21. Waney says: Reply

    Hye sis.. nk tanya cara pilih seats ni sama je ke utk ets silver,gold n platinum?

    1. wani says: Reply

      Hi Waney,
      Kedudukan seat ETS GOLD dan PLATIMUN adalah sama saja kedua-duanya, yang membezakan antara GOLD dan PLATINUM adalah bilangan stesyen yang ETS itu berhenti (GOLD lagi banyak stesyen) dan Platinum ada menyediakan snek percuma kepada setiap penumpang, namun pada April 2018, pemberian snek diberhentikan untuk sementara waktu (mengikut info dari petugas dalam ETS, sebab saya x dapat snek masa naik bulan April baruni), taktau bila depa nak sambung balik atau terus diberhentikan

  22. Liyana says: Reply

    Hai Mira
    Nak tanye..kedudkan seat untuk ETS Gold and Platinum same ke berbeza?
    If berbeza, perkongsian di atas ni untuk Gold ke Platinum?
    Thank you.

    1. wani says: Reply

      Hi Liyana,
      Kedudukan seat ETS GOLD dan PLATIMUN adalah sama saja kedua-duanya, yang membezakan antara GOLD dan PLATINUM adalah bilangan stesyen yang ETS itu berhenti (GOLD lagi banyak stesyen) dan Platinum ada menyediakan snek percuma kepada setiap penumpang, namun pada April 2018, pemberian snek diberhentikan untuk sementara waktu (mengikut info dari petugas dalam ETS, sebab saya x dapat snek masa naik bulan April baruni), taktau bila depa nak sambung balik atau terus diberhentikan πŸ™‚

      WANI

  23. myramadie says: Reply

    sama untuk ets gold, silver dengan platinum ke ni?

    1. wani says: Reply

      ETS silver adalah antara KL-IPOH-KL, saya x pernah naik lg, so x sure sama ka dak, tetapi untuk ETS Gold dan ETS Platinum adalah sama.

  24. Sallehudin says: Reply

    Adakah kedudukan seat ini paling latest sebab ada cek di page lain ada tak tally lah .

    1. wani says: Reply

      Hi Sallehudin,
      Sepanjang saya naik ETS ni memang saya refer layout ni, dan Alhamdulillah masih betul dan sama lagi kedudukannya.

  25. NOR HAFIZAH BONTAK says: Reply

    Sis wani, jika seat 2a,2b,2c & 2d (coach c) dari gurun ke kl facing south la kn.. betul x kalau rujuk gambar tu..

    1. wani says: Reply

      Ya betul, seat tu semua akan mengadap ke depan masa dari gurun ke kl πŸ˜€

Leave a Reply