About Me

Hi!

LensaKami adalah laman web rasmi milik Nurhazwani, lebih dikenali sebagai @sweetpearl24 di laman sosial dan blog Pearl’s World sebelumnya, kini hanya mahu dikenali sebagai ‘wani’ di blog rasmi miliknya.

Wani adalah seorang pelajar Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) di sebuah universiti awam tempatan di Malaysia. Sudah mendirikan rumah tangga pada pertengahan 2015 bersama jejaka pilihan hatinya, dan kini menetap di utara tahan air.

Secara am nya, wani gemar berkongsi gambar gambar yang ditangkapnya, informasi yang diketahuinya, dan pengalaman nya ‘travel’ atau melakukan sesuatu yang baru di blog.

Ok! enuf lah macam formal sangat, that is so not me! hew hew hew

Yup kami kurang minat terlalu formal because I just like to be myself, yang suka buat apa yg kami suka, hah banyak suka suka. Yup ‘KAMI’ disini bererti just me, myself, saya. kami membahasakan diri kami as ‘KAMI’, sila jangan confuse 😉

Mari kami ceritakan sedikit pengenalan tentang diri. Kami adalah anak pertama dari 3 orang adik beradik. Kami ada 2 orang adik lelaki, dilahirkan di sebuah perkampungan melayu di Balik Pulau, Penang. Bersekolah rendah dan menengah di sekolah harian di kampung, dan berjaya mengikuti matrikulasi selama 1 tahun selepas SPM. Melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda selama 4 tahun, kemudian 3 tahun di perngkat sarjana, dan kini menyambung di peringkat ijazah doktor falsafah. Hanya pernah bekerja di industri selama 3 bulan sewaktu internship, 2 bulan di cybercafe semasa cuti semester, dan 1 bulan di pizza hut semasa diperingkat awal menyambung pengajian diperingkat sarjana.

Kami suka tangkap gambaq, seriously suka sangat! Hobi suka tangkap gambaq ni bermula masa awal2 penglibatan kami dalam dunia blog. Kami banyak scroll2 dan search2 blog yg kami minat dan suka, dan dalam tak sedar blog2 yang kami follow banyak blog yang theme dia adalah photography. Bermula dengan follow blog, kami berhasrat untuk memiliki my own DSLR camera, tapi sebelum tu, kami hanya gunakan camera compact abah kami punya untuk tangkap2 gambaq. Alhamdulillah pada August 2010, kami dapat memiliki my 1st DSLR camera (rujuk post ini –> CAMERA  sorry ayat budak2 maklumlah awal2 main blog XD )

Di peringkat awal, kami banyak update gambaq2 yang kami ambil di facebook, termasuklah gambaq yang edit photoshop tahap over melampau taktau nak habaq hahahha! Lani kami lebih kerap update di Instagram berbanding Facebook. kami juga ada beberapa account photo online sampaikan kami sendiri pon kadang2 tak ingat account apa yang kami ada heeeee 😀

Ok itu sajalah kot buat masa sekarang. Have fun yaw!

My Instagram acc–> Instagram