Korang ada dak bekas lilin macam ni dekat rumah? Bila dah habis pakai, tinggai sisa lilin melekat macam ni kan? Korang jangan buang, boleh cuci dan pakai semula dan buat macam2, antaraya buat bekas pokok macam yang kami buat ni! Hashtag #UPCYCLED!
Cantik kan? Heehe
Ini langkah-langkah nya:
- Mula2 panaskan air
- Susun bekas lilin yang nak dicuci, bila air dah masak, tuangkan dalam setiap bekas, hati2! Panas tau!
Dekat step ni korang akan nampak macam bubble2 gerak naik ketas, Itu lah lilin yang dah melt, tahap lebur atau melting point untuk lilin adalah antara 37 darjah C hingga 65 darjah C, bergantung kepada bahan2 yang digunakan untuk buat lilin…ayaq panas yang kita masak sampai mendidih pulak suhu dia 100 darjah C, so suhu ayaq panasyang tinggi tu boleh membuatkan lilin tu cayaq…
Kadar ketumpatan, ataupun Density lilin adalah 900kg/m3, manakala density air mendidih pula adalah 997kg/m3 dan mendekati 1000kg/m3 bila air dah sejuk. So lilin lebih ringan daripada air, sebab tu bila lilin yg cayaq dia bergerak macam bubble naik ke permukaan air…
Dah settle tuang, biaq ja dia, lets science do its work gittuu hahah #SCIENCEROCK!
3. Lepas 2 ke 3 jam bila air dah sejuk dan lilin yang berkumpul kat atas air pun dah keras boleh la cuci.. Kalau ada yang dah habis macam ni, jangan risau, boleh ja ulang balik tuang ayaq panas
Yang dah keras elok ni tekan ja dia akan terus tanggal, nampak mcm sikit ja lilin, bila dah cuci rupanya banyak lagi yang tinggal.
Kalau lilin tu elok, selalunya kami akan simpan untuk dipakai buat candle melts. Yang macam aromaterapi titik dalam air tu, tapi gantikan air dengan lilin wangi.
Tempat lekat sumbu lilin tu boleh tanggalkan dan buang ja, selalunya bila lilin dh bersih, senang ja dia tanggal sendiri.
4. Bersihkan bekas dengan sabun dan keringkan.
Bila dah bersih dan kering, boleh lah pakai ikut kretiviti masing-masing, contohnya kami buat tempat pasu hiasan dalam rumah. Boleh tengok full tutorial dalam video 🙂