Macam mana nak pilih seat ETS di KTMB Integrated Ticketing System KITS

KITS banner

How to choose your best seat via KTMB Integrated Ticketing System KITS

Kami pernah post tentang susunan seat ETS Gold & Platinum pada tahun 2016, (Panduan susunan dan pemilihan seat ETS – LensaKami) post tu adalah hasil siasatan personal kami sepanjang kami berulang alik menaiki ETS semenjak awal 2016. Boleh dikatakan setiap bulan sekurangnya 1 kali kami akan naik dan pada waktu tu takda lagi laman web rasmi yang menunjukkan arah seat. Tujuan kami post tu untuk memudahkan kami memilih seat untuk trip seterusnya, sebab kami ada masalah ‘mabuk train’ kalau kami naik ETS mengadap kebelakang saja sepanjang 3 jam trip, confirm sampai saja di destinasi kami akan pening dan takda mood seharian haha! So alang2 kami dah siapkan jadual seat, kami share lah di blog ni untuk memudahkan orang lain juga.

Kemudian pihak KTMB memperkenalkan ETS Koc business class pada akhir tahun 2019, dan susunan seat untuk ETS yang mempunyai Business class sedikit berbeza dengan ETS Gold & Platinum yang biasa, kebetulan kami berpeluang menaiki ETS Business Class tu, so kami pun update lah jadual seat kami pada awal tahun 2020 (Susunan Seat ETS Baru 2020 – LensaKami)

Pada Aug 2020, KTMB memperkenalkan sistem pembelian tiket online yang baru yang dipanggil KTMB Integrated Ticketing System (KITS). Pada awal sistem KITS tu diperkenalkan ada beberapa isu yang kami personally rasa masih boleh ditambah baik. Kami ada buat 1 post khas review sistem KITS pada Aug 2020 tersebut (KITS: REVIEW E-tiket KTMB yang baru – LensaKami) Pada waktu itu masih belum ada juga info tentang arah seat dan lain2 yang boleh memudahkan pembeli tiket.

Walaupun post pertama kami tentang seat ETS dah berusia 6 tahun, kami rasa sangat happy sebab ianya masih dapat membantu dan digunapakai oleh orang2 yang nak beli tiket online. Sehingga ke hari kami menulis post ni pun masih ada yang bertanyakan kami tentang seat ETS, walaupun menggunakan platform KITS. Terima kasih kepada pembaca2 yang sudi meninggalkan komen dan juga sudi bertanyakan kami. Oleh itu kami berhasrat untuk nak menulis cara-cara untuk menggunakan platform KITS untuk memilih seat ETS anda.

Antara pembaca blog yang bertanyakan tentang seat ETS di instagram πŸ˜€

Baiklah, untuk membeli tiket ETS online, kami sangat sarankan untuk direct ke laman web rasmi KTMB, cuba elakkan beli tiket dari 3rd party punya laman web, takut ada masalah2 lain seperti seat double booked atau pembelian tidak sah. Laman web rasmi untuk membeli tiket ETS adalah https://online.ktmb.com.my/

Atau boleh terus click link disebelah-> Welcome to the KTMB Integrated Ticketing System

Front page web KITS

Sebelum membuat pembelian, disarankan juga untuk mendaftar akaun dengan menekan button “Login/Sign Up” di sebelah kanan atas skrin.

Bila dah Login atau Sign Up, boleh lah pilih destinasi perjalanan.

Origin adalah destinasi asal, korang nak gerak dari stesyen mana. Destination adalah destinasi tujuan, korang nak berenti stesyen mana.

Contoh kami disini kami nak gerak dari Stesyen Parit Buntar ke Stesyen KL Sentral. Dah pilih lokasi perjalanan, kemudian boleh lah korang pilih tarikh perjalanan pula, kalau nak 1 hala saja boleh click ‘I am travelling one way‘ dibawah pilihan departure date. kemudian pilih berapa orang.

Contoh Train ETS yang ada bagi perjalanan pada 31 Aug 2022

Terdapat 2 jenis train iaitu Gold dan Platinum. Gold train dia akan berhenti di banyak stesyen, manakala Platinum hanya akan berhenti di stesyen tertentu sahaja. Basically train Platinum ni akan cepat sikit lah dari train Gold. Lepas dah pilih nak train mana, korang boleh lah click ‘Pick Seat‘ pada waktu perjalanan pilihan.

Katakanlah kami pilih train Platinum 9273, perjalanan pada jam 9:18 pagi dari Parit buntar dan dijangka sampai di KL Sentral pada jam 1:04 petang.

Train ni ada Business Class seat di Koc A. So kalau korang nak naik Business Class tak perlu risau arah seat, boleh pilih mana2 seat, semua akan mengadap kedepan, sebab seat di business class ni boleh dipusingkan mengikut arah perjalanan train. Korang boleh juga tengok seat yang telah dibeli oleh orang lain tu lelaki atau perempuan, so senang lah kalau korang taknak duduk seat sebelah berlainan jantina. Contohnya kalau semua seat dah penuh, dan tinggal seat 10C saja yang available, then korang boleh tau sebelah korang nanti (seat 10B) tu adalah seorang perempuan. Sebabnya ada tulisan kecil F di seat tu. kalau dia tulis M maka seat tu adalah lelaki. Tapi mengikut pengalaman kami duduk di business class, seat business class ETS sangat besar dan selesa, kalau duduk sebelah berlainan jantina pun takda masalah sebab ruang masing2 dah cukup luas.

Seterusnya kalau pilih koc lain2 selain Koc A, semua seat dia akan ada dua arah, iaitu mengadap kedepan dan mengadap kebelakang. Contohnya Koc D ni, Koc D ni ada seat yang dikhaskan untuk OKU. Tolong perhatikan dan kalau korang sihat sejahtera diharapkan tak ambik seat ni, sebabnya seat ni memang sangat strategik untuk penggunaan OKU, kalau korang yang sihat sejahtera ambik seat ni sangat kesian dekat orang OKU yang memerlukan nanti. Lagi satu kalau korang beli seat ni jugak, jenis tiket nanti akan ditulis “For OKU”, dan kalau di check oleh staff yang bertugas nanti korang takda kad OKU tapi masih memilih seat OKU korang akan kena denda.

OK next adalah pilihan seat yang ditunggu2. Di web KITS, korang dah boleh nampak seat tu nanti akan mengadap kedepan atau kebelakang, contohnya dalam keratan gambar diatas. Seat 7D dan 7C tu dia ada line hitam dibahagian bawah, maka seat tu bermaksud dia akan mengadap kedepan. Bila ETS jalan korang tengok luar tingkap memang kedepan ja macam normal korang naik kereta. Manakala untuk seat 9D dan 9C tu kedua2nya line hitam tu berada di bahagian atas, maka seat tu nanti akan mengadap kebelakang. Kalau korang pilih seat tu masa ETS jalan nanti keluar tingkap semua akan bergerak kebelakang.

Untuk train ni susunan meja dia adalah ditengah koc, so kalau korang jalan in group dan perlu kawasan luas sikit, eloklah ambil yang mempunyai meja ditengah seperti seat line 8 dan 7. Dan jangan risau untuk seat2 lain, masih terdapat meja kecik dihadapan seat, muat untuk makan dan minum, cuma tak luas sangat macam meja di seat line 8 dan 7 tu.

Seterusnya selepas dah pilih seat yang sesuai, bolehlah terus click seat tu, pastikan dia bertukar menjadi warna hijau, dan seterusnya click ‘confirm seat’. Web akan kembali ke page yang menunjukkan pilihan train, korang pergi bawah sekali dan click ‘Proceed to passenger details’. Di page tu korang isi segala butiran diri dan kemudian boleh click ‘Proceed to payment’.

Kemudian akan ada 1 page dimana KITS ada menawarkan Passenger Takaful Plan, kalau korang nak boleh pilih premium plan atau basic plan, kalau korang taknak boleh terus click ‘No Thanks’ di bawah tu dan proceed ke payment.

Selepas korang dah buat pembayaran, korang akan terima email salinan tiket korang. Tiket tu boleh juga dilihat dari apps KITS. Nak naik train nanti boleh saja tunjuk di apps atau boleh juga ke kaunter tiket untuk print tiket yang dah dibeli secara percuma.

Sekian step2 pemilihan dan pembelian seat ETS di laman web KITS. Step ni sama ja kalau korang beli di apps pun. Semoga bermanfaat dan selamat berETS πŸ˜€

18 Comment

  1. Assalamualaikum.
    mohon bertanya, adakah sama jika hala ke Utara (KL Sentral –> Padang Besar)?

    1. wani says: Reply

      W’salam,
      Ya betul, kalau Kl sentral -> padang besar maksudnya ke Utara.

  2. Qaa says: Reply

    Assalamualaikum , kalau saya dari Butterworth ke KL seat kena selatan kan ?

    1. wani says: Reply

      w’salam, ya betul, Butterworth ke Kl ambil ‘South’

  3. Nora says: Reply

    Assalamualaikum Cik Wani… Kami bercadang nak book coach B melalui KITS. Masaelahnya kami tak mahu terpilih seat yang ada tiang yang menghalang pandangan ke luar jendela.. KL Sentral ke Arau 5jam perjalanan mau stress di buatnya. Mohon suggestions dari Cik Wani seats yang ada tingkap besar sahaja no berapa ya? Boleh la kami menjamu mata melihat keindahan buana yang indah permai gittchewww… Terima kasih yang tak terhingga kami dahulukan…

  4. Ieda Mohamad says: Reply

    Salam Cik wani, saya dan group dari Kuching, Sarawak akan naik ETS dari Padang Besar ke KL sentral. Saya perlukan guide cik wani utk membeli tiket. Plan nak amik train yg terawl dari Padang Besar – KL sentral. Pemilihan seat juga sy nk guide dr Cik wani. Terima kasih cik wani

    1. wani says: Reply

      w’salam,
      1st boleh install apps KTMB Integrated ticketing system. Lepas install, boleh select tarikh dan destinasi, boleh pilih seat yang available di mana2 coach, tapi pastikan pilih seat yang bertanda Foward facing. Saya ada sertakan gambar sebagai rujukan dalam post ni. selepas dah buat pilihan, boleh bayar secara online. Nanti akan ada salinan tiket dalam system apps, boleh buka dan semak bila2 masa dalam apps dan tak perlu print, boleh scan sahaja QR code yang diberikan dalam apps untuk masuk di gate ETS nanti.

  5. Atiqah says: Reply

    Sis terima kasih banyak Tau sy first time naik berguna sgt blog sis ni

  6. Atiqah says: Reply

    Nak tanya kalau wakaf bharu ke jerantut n pergi balik yg business class T kan huruf depan dia n macam kak kata x perlu pening bab kerusi..sy ni first time

    1. wani says: Reply

      Maaf jadual dan guide saya hanya untuk train ETS line Padang besar > KL Sentral > Gemas saja, saya tak pernah naik lagi train wakaf baru jerantut, rasanya train tu tak sama susunan dia dengan ETS yang saya naik. InsyaAllah jika ada rezeki untuk naik train yang lalu wakaf baru saya boleh buat jadual dia nanti πŸ˜€

  7. mr annaz says: Reply

    slm, klu sy beli terus kat kaunter untuk ke s.petani ambik seat arah utara, takut salah seat terbeli boleh kepala pusing nk muntah sebab jln mengundur

    1. wani says: Reply

      Ya kalau nak ke Sg Petani ambil utara, tapi kalau beli kat kaunter susah sikit nak pilih, sebab staff tu akan pilih ikut seat yang kosong. Tapi boleh la cuba tunjuk table seat layout ni minta nak seat yang utara. Kalau bernasib baik dapat la pilih πŸ˜€

  8. Atun says: Reply

    As salam, nak tny macam mana nak tau seat2 yg dekat dengan speaker ETS? Byk kali naik ETS terbeli seat yg dekat dengan speaker, aduhai stiap kali stop, announcement bukan main kuat, terkejut kita tambah2 kalau tertidur. Selain dari xnak pening ambik seat belakang, xnak seat yg dekat dengan speaker jugak. Terima kasih.

    1. wani says: Reply

      W’salam, actually Atul org kedua tnya saya soalan ni, sebenarnya saya tak terfikir pun dulu nk take note lokasi speaker, tapi based on pengalaman baru2 ni naik, setiap gerabak ada 3 speaker (dekat TV) yang disusun sama jarak disetiap gerabak train, so untuk elak berdekatan speaker boleh lah pilih seat yang bukan tengah2 dan juga bukan seat 1st dan last. Contoh seat yg ideal adalah seat number 4,5 dan 6, dan juga seat 10 dan 11 (provided seat 10 dan 11 bukan seat terakhir bagi gerabak tu)

  9. budi says: Reply

    maaf, nak tanya kalau dari butterworth – ipoh itu di coach B pilih 15C dan 15D benar kah, biar tidak salah pilih seat mundur

    1. wani says: Reply

      Dari buttherworth ke Ipoh perlu pilih seat ‘South’,
      Perlu check ETS itu ETS Gold atau Platinum.
      ETS Gold: Koc B seat 15C dan D adalah seat North
      ETS Platinum: Koc B seat 15C dan D adalah South.

  10. Nurul says: Reply

    Hi wani, jika naik ets platinum 9274 dari Sg. Buloh ke Sg Petani, boleh suggest seat yg sesuai untuk coach B. sy kurang faham dengan layout seat. tkut silap pilih nnti jalan mengundur.

    1. wani says: Reply

      Hi Nurul..haha sorry saya lambat reply disini πŸ˜€

Leave a Reply