TAHUKAH ANDA BAHAWA TERDAPAT DUA JENIS PELINDUNG MATAHARI (SUNSCREEN)?

TAHUKAH ANDA BAHAWA TERDAPAT DUA JENIS PELINDUNG MATAHARI (SUNSCREEN)?

Ya! Terdapat dua jenis pelindung matahari (sunscreen), iaitu sunscreen fizikal (physical sunscreen) dan sunscreen kimia (chemical sunscreen).

Sunscreen dapat mengurangkan kesan penuaan pada kulit, oleh itu amat digalakkan untuk menggunakan krim pelindung matahari ini sebelum melakukan sebarang aktiviti di luar rumah pada siang hari, sambil itu ianya juga dapat menghalang dari mengalami kesan ‘kulit terbakar’ (sunburn) semasa cuaca panas.

Terdapat dua jenis sunscreen, iaitu physical sunscreen dan chemical sunscreen. Apakah perbezaan kedua dua sunscreen tersebut?

“The chemical ones are those absorbers whereby UV rays enter the skin, are absorbed and come out usually as infrared rays. They change the electromagnetic radiation effect,”

“The physical ones are reflectors and they do just that: they form a protective layer on the skin and reflect those UV rays.” [1]

 

Secara mudahnya, chemical sunscreen akan menyerap sinar UV dan menukarkannya kepada haba, manakala physical sunscreen akan memantulkan kembali sinar UV tersebut.

 

Bagaimana untuk membezakannya?

Kandungan dalam physical dan chemical sunscreen adalah berbeza, untuk chemical sunscreen kebiasaannya akan mempunyai Avobenzone, homosalate, octinoxate, octisalate,octocylene, para-aminobenzic acid (PABA), manakala physical sunscreen akan mengandungi Titanium dioxide dan zinc oxide. [2,3]

Selain kandungan, teksture bagi kedua dua jenis sunscreen juga berbeza. Chemical sunscreen menpunyai teksture yang lebih ‘ringan’ berbanding physical sunscreen.

Kebaikan dan kekurangan

Sunscreen Kebaikan Kekurangan
Physical ·        Melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB

·        Bagus untuk sensitive skin

·        Tidak menyebabkan pori2 tersumbat

·        Mudah hilang apabila berpeluh

·        Meninggalkan kesan putih pada kulit dan mengakibatkan peluh berwarna putih (mengotorkan baju)

·        Texture yang berat

Chemical ·        Texture yang ringan dan lebih mudah diratakan keseluruh Kawasan yang diingini

·        hanya memerlukan kuantiti yang sedikit

·        Memerlukan sekurang kurangnya 20 minit untuk sunscreen bertindak

·        Risiko pori2 tersumbat

 

[4]

Bagaimana untuk memilih?

Sekiranya anda tidak gemarkan kesan berminyak dan rasa kulit yang tebal, adalah lebih baik untuk terus memilih chemical sunscreen 😊

Yang mana perlu dipakai dahulu, sunscreen atau serum?

Jika anda memakai chemical sunscreen, dinasihatkan untuk memakai sunscreen dahulu, kemudian barulah memakai serum atau mengikut skin care routine anda. Manakala physical sunscreen haruslah dipakai pada peringkat terakhir skin care routine anda, ini kerana physical sunscreen bertindak sebagai satu lapisan yang akan menghalang sinar UV dan produk yang dipakai selepas lapisan physical sunscreen tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kulit.

Personal Review

Kami telah menggunakan kedua dua sunscreen seperti di dalam gambar, kedua duanya adalah chemical sunscreen yang mempunyai nilai SPF yang berbeza.

Clear SunCreme dari Mon Cheri mempunyai texture yang ringan, kami dapat suncram ini hasil dari menang contest tahun lepas, kami memang kerap pakai suncream ni sebab kami rasa ianya sangat sesuai dengan kulit kami dan tidak berminyak. Boleh rasa perbezaan pada kulit semasa diluar rumah bila pakai dan bila tak pakai suncream, cuma keburukan chemical sunscreen ni adalah dia dia akan membuatkan pori2 tersumbat maka white head kerap timbul, oleh itu perlulah untuk kerap mencuci muka dengan betul dan scrub untuk membuang white head yang muncul.

Bagi sunscreen lotion Banana Boat pula, kami hanya pakai beberapa kali sahaja, iaitu semasa melakukan aktiviti di pantai, kami memilih sunscreen ini sebab sifat water and sweat resistant dia. Jika dibandingkan dengan suncream dari MonCheri, texture sunscreen Banana Boat lebih berat dan lebih berminyak bila digunakan . Dari segi sifatnya yang membuatkan pori2 tersumbat adalah sama.

Sekian sedikit info berkenaan sunscreen, anda pula pakai yang mana? 😊

 

Reference
[1] Emma Brancatisano (2016) http://www.huffingtonpost.com.au/2016/11/29/chemical-versus-physical-sunscreen-whats-the-difference_a_21616016/

[2] http://www.beautifulwithbrains.com/chemical-vs-physical-sunscreen/

[3] https://www.tatcha.com/tatcha-institute/ingredients-in-sunscreen-chemical-vs-physical-sunscreen/

[4] http://blog.reneerouleau.com/chemical-vs-physical-sunscreens-pros-cons/

 

 

Leave a Reply