Macam mana nak apply KTMB i-Card?

“Macam mana nak apply KTMB i-Card kak?”

Ya sebagai seorang yang bergelar ‘student’ dan selalu menggunakan perkhidmatan ETS, kami selalu mendapat pertanyaan begini dari adik-adik di pusat pengajian.




KTMB i-card ini adalah kad yang diberikan kepada pelajar yang amemohon dari pihak KTMB, dan pemegang kad ini akan mendapat potongan harga untuk tiket ETS sehingga 40%!  Ya 40%! Banyak tuuu… Adalah sangat rugi jika pelajar yang kerap menaiki ETS tak apply kad ni.



Permohonan KTMB i-card ni terbuka kepada semua pelajar sekolah, kolej, pusat pengajian tinggi seluruh malaysia, dan pelajar yang berusia 24 tahun dan keatas perlukan pengesahan dari pusat pengajian masing2. Kami mula apply kad ni pada tahun 2015, kad ini perlu di renew setiap tahun, dan bermula 16 April 2018, permohonan baru akan menerima kad mereka dalam bentuk ‘virtual’ sahaja.

>Macam mana nak apply kak?

  1. Pergi ke laman web KTMB i-card application:> http://form.ktmb.com.my/Card/
  2. Click ‘New Application’ dan isikan butir2 diri. Kemudian click ‘Save and proceed next’
  3. Pelajar berumur 24 tahun dan keatas perlukan pengesahan dari pusat pengajian. Oleh itu, Download borang pengesahan dahulu, dan isikan butir diri, kemudian minta stamp/cop rasmi dari pusat pengajian masing masing. Borang download di SINI atau ini>> SuratPengesahanPelajarKTMBiCard
  4. Kemudian setelah permohonan berjaya, korang perlu buat pembayaran RM33.00 (rate ni berubah2 setiap tahun, ini rate terkini , Oct 2018)

Jika dah dapat virtual card nanti, dinasihatkan untuk simpan dalam gallery phone anda, nanti senang untuk tunjuk masa staff ETS periksa tiket nanti 🙂

Owh ya, pengguna kad ini perlulah menunjukkan virtual card, dan juga kad pengenalan masa pemeriksaan tiket ya, tiada alasan tak bawa card dah, sebab kalau korang tak simpan dalam gallery, card boleh dilihat di laman web KTMB di sini:> http://form.ktmb.com.my/Card/Card/index.php?module=Card_virtual 😉

>Pengalaman virtual card

Semasa kami nak renew card secara online menggunakan sistem virtual card ni, kami tak perasan pihak KTMB dah menyediakan template surat pengesahan sebagai pelajar, so kami pon pulun lah pergi minta pengesahan sendiri dari pusat pengajian, lepastu permohonan ditolak lah, sebab tak guna borang yang disediakan.

Lepastu buat permohonan kedua, menggunakan template yang diberi, masih ditolak, alasan yg diberikan masih sama, permohonan ketiga juga masih ditolak atas alasan yang sama. Sebab tak puas hati apesal asyik rejek ja nih, kami pun email pihak KTMB di callcenter@ktmb.com.my dan nyatakan masalah kami. Beberapa hari kemudian pihak KTM call kami dan cakap dalam system depa surat kami upload tu masih yang lama, takda surat yang baru…so dia pun minta kami upload lagi sekali masa tengah cakap dengan dia tu dan terus dia approve application kami.. So nak bagitahu, kalau ada apa2 permasalahan semasa application, kena reject atau apa2 masalah sila hubungi pihak KTMB di email: callcenter@ktmb.com.my  atau call center di:  03-2267 1200

40% tu banyak tau! Better apply student card ni dan enjoy naik ETS! 😀

 

 

 

 

5 Comment

  1. terima kasih atas perkongsian

  2. Far says: Reply

    Nak tanya kalau untuk new application bawah 24 tahun tu tak perlukan surat pengesahan pusat pengajian ke?

    Kalau tak perlu kenapa borang tu hanya ada yang untuk 24 tahun tu jer eh. Sebab ada section untuk pengesahan tu. Hm curious

    1. wani says: Reply

      Mengikut syarat2 dia, below 24 tak perlu pengesahan.

  3. Maisarah says: Reply

    Berapa lama ye proses kad tu sampai

    1. wani says: Reply

      Kad akan diproses dan pos dalam 14 hari bekerja

Leave a Reply