Growing your own pet grass step-by-step
DIY penanaman wheatgrass, step-by-step
Binatang peliharaan seperti anjing dan kucing memerlukan sedikit ‘green’ dalam diet mereka, terutama sekali jika kesayangan anda tinggal didalam rumah sahaja. So mari kita DIY cara cara penanaman pet grass ini.
Anda perlukan:
- Pet grass kit (mengandungi tanah, dan biji benih)
- pasu / bekas tanaman
- air
Ini adalah Mini Kit untuk menanam Pet Grass:
Mini kit ini boleh didapati di pet store. Setiap mini kit mengandungi:
- Tanah
- Buku manual
- Biji benih
Berikut adalah cara penanaman pet grass
STEP 1
Tuangkan tanah ke dalam bekas sehingga kedalaman 1 inci dari dasar bekas.
STEP 2
Basahkan tanah tersebut dengan air. Pastikan air tidak melebihi aras tanah.
STEP 3
Gaulkan tanah yang basah tadi supaya lebih sekata.
STEP 4
Taburkan biji benih diatas permukaan tanah yang basah.
STEP 5
Taburkan tanah yang berbaki ke atas lapisan biji benih. Pstikan hanya lapisan nipis dan tanah menutupi keseluruhan biji benih.
STEP 6
Basahkan permukaan tanah tadi.
FINISH!!
Hanya perlu tempatkan di kawasan yang mempunyai cahaya dan siram setiap pagi, selepas beberapa hari, akan kelihatan biji benih mula bercambah π
Selepas 7 hari, inilah hasilnya!
Lucy pon suka Pet grass ni ^_^