KITS: REVIEW E-tiket KTMB yang baru

Korang pengguna ETS tegar dah check ka KITS ni?

Pertama sekali TAHNIAH kami ucapkan kepada pihak KTMB kerana telah meyambut ulang tahun ETS ke 10 tahun baru-baru ini dan juga telah berjaya melancarkan platform pembelian tiket atas talian yang baru. Platform ini dinamakan KTMB Integrated Ticketing System (KITS).

KITS sudah boleh digunakan untuk menempah tiket perjalanan menggunakan ETS bermula 15 Oct 2020 dan keatas. Semua pembelian tiket ETS bagi perjalanan sebelum tarikh tersebut masih lagi menggunakan applikasi/web tiket yang lama iaitu https://eticket.ktmb.com.my/eticket

KITS memberikan pandangan ‘first impression’ yang sangat bagus, malah jauh lebih bagus daripada sistem e-tiket KTMB yang sedia ada sekarang. Lebih banyak features dan pilihan yang available kepada pembeli tiket.

Antara penambahbaikan sistem e-tiket yang kami perhatikan adalah:
1. Layout info yang lebih jelas tentang pilihan train yang ada (user friendly). Sistem lama ada disertakan juga info2 seperti number train, gold atau platinum, berapa balance seat, tetapi info yang dipaparkan pada sistem KITS ini lebih jelas dan mesra pengguna.

2. Pemilihan arah seat yang lebih jelas. Sistem tiket yang lama tidak mempunyai info berkenaan arah seat. Pilihan arah seat adalah sangat penting semasa membeli tiket online, di sistem e-tiket yang lama tidak mempunyai info arah kedudukan seat, maka dengan sebab itulah ujudnya post kami berkaitan panduan memilih arah seat di dalam ETS (RUJUK: https://lensakami.com/blog/2016/07/14/panduan-susunan-dan-pemilihan-seat-ets/ untuk ETS lama dan https://lensakami.com/blog/2020/01/30/sunan-seat-ets-baru-2020/ untuk ETS2 ) Didalam sistem KITS, arah seat, dan meja ada disertakan, ini sangat memudahkan pembeli untuk merancang dan membuat pilihan.

3. Pemilihan tiket Business class juga lebih mudah dengan adanya highlight berbeza pada seat.

4. Terdapat sistem e-wallet yang tersendiri, memudahkan transaksi pembelian tiket di atas talian bagi pengguna tegar ETS.

5. Terdapat lebih banyak pilihan concession tiket berbanding di sistem yang lama, namun kami tidak dapat mencari pilihan untuk ‘Pelajar’, adakah pemegang KTMB I-Card yang lama tidak dapat menikmati potongan harga tiket ETS yang dibeli melalui KITS? Setelah melakukan semakan di FAQ, pemegang KTMB I -card ada tersenarai dalam senarai tiket konsesi, mungkin terdapat ralat di dalam sistem yang menyebabkan senarai tiket konsesi KTMB I-Card tidak tersenarai disitu. Diharapkan pihak KTMB dapat mengemaskini senarai tiket konsesi di masa terdekat ini.

Namun terdapat satu perkara yang menjadi tanda tanya:

  1. Kenapa pilihan seat OKU diletakkan di Coach B, dan bukan di Coach D. Sepanjang menaiki ETS kami dapati kawasan yang lebih strategik adalah di Coach D seat 10/11. Ini kerana seat ini berdekatan bistro, tandas OKU, surau, bilik staff dan mempunyai kawasan yang agak lapang.

Pembelian tiket secara atas talian melalui KITS adalah terhad kepada 6 tiket pada setiap transaksi, maka jika anda berhasrat untuk membeli tiket secara berkumpulan, anda hendaklah membeli secara berperingkat. Jika masih berhasrat untuk membeli sekaligus, bolehlah membeli tiket di kaunter πŸ™‚

Satu lagi features tambahan yang boleh ditambah baik dalam sistem KITS ni adalah jantina pembeli tiket, mungkin boleh ditambah jantina pada setiap seat supaya pembeli tiket yang ingin menaiki ETS secara solo boleh memilih untuk duduk disebelah penumpang ETS yang mempunyai jantina yang sama, lebih selesa dan afdhol hiks. Saya rasakan penambahan features ini adalah tidak mustahil kerana setiap kali membeli tiket secara atas talian data untuk jantina telah dimasukkan sekali, maka hanya perlu menggunakan data tersebut dan display pada seat pilihan.

Sekian review awal bagi KTMB Integrated Ticketing System KITS. Sebarang info tambahan akan ditmbah dari masa ke semasa πŸ™‚

Leave a Reply