Kisah membuat jus roselle ni bermula apabila pokok roselle yang kami tanam sudah mula berbunga. Selepas pokok berbunga, buah roselle akan terhasil, buah roselle mempunyai kelopak yang sangat lembut dan kebiasaannya orang akan menggunakannya untuk membuat jem/sapuan roti. Tapi memandangkan pokok kami kecil saja, maka buah dia pun sikit saja, maka kami pun bertanya rakan rakan di instagram apa yang boleh dibuat dengan roselle yang sikit ni.
Tak sangka ada yang membalas pertanyaan tu dan mencadangkan untuk dibuat air. Kami pun mula lah google bagaimana untuk membuat air roselle. Rupanya cara-cara untuk membuat air roselle/kordial roselle sama sahaja dengan cara-cara untuk membuat jem, bezanya adalah untuk membuat air tidak perlu biarkan hingga pekat, hanya sekadar semua gula larut dan kelopak rosel lembut.
Dibawah terdapat video tutorial bagaimana kami membuat air rosel daripada bunga/buah roselle.
Selamat mencuba!