5 Software untuk Membuat flowchart dengan mudah

Flowchart adalah satu gambar rajah yang menunjukkan work flow sesuatu kerja, menggunakan pelbagai bentuk block untuk menunjukkan proses kerja satu per satu dari mula sehingga habis. Setiap bentuk  mewakili maksud yang tersendiri. Terdapat beberapa bentuk kotak yang lazim digunakan seperti di bawah:

2016-10-20-12

So jangan main tangkap muat saja bentuk bentuk tu ya! πŸ˜€

Sebagai seorang pelajar jurusan kejuruteraan, memang tak dapat dinafikan kerap membuat flowchart ni, dari proposal, report, kerja lab, presentation, dan yang sangat sangat pasti masa menulis thesis, semua nak flowchart. Maka disini timbul lah senarai ‘alatan’ untuk memudahkan kerja membuat flowchart.

1.Flowchart Maker  & Diagram Online

Web ini menawarkan lebih dari 10 jenis flowchart dan diagram. Tidak perlu melanggan dan account persendirian, hanya layari web itu dan pilih jenis chart yang berkenan dihati.

2016-10-20-1
2016-10-20-4

Link: https://www.draw.io/

2.Microsoft Excel Template

Tahukah anda, microsoft Excel telah menyediakan template untuk memudahkan penggunanya membuat chart! Yang rajin explore mesti tahu nih, tapi yang tak rajin explore tu…macam macam ada tau..cuma perlu download template yang anda suka dan tadaa..boleh guna dah πŸ™‚

2016-10-20-2
2016-10-20-3

3.LucidChart

2016-10-20-5

LucidChart merupakan web yang memudahkan anda membuat flowchart. Untuk menggunakan LucidChart ni, anda perlu membuat account terlebih dahulu. Account itu mestilah menggunakan email rasmi universiti, kolej, atau tempat kerja anda, email persendirian tak dapat ya!  πŸ™‚

2016-10-20-11

LINK: https://www.lucidchart.com/

4.Gliffy

Gliffy memberikan anda menggunakan secara percuma selama 15 hari. Anda hanya perlu membuat account dan terus menggunakannya. Gliffy sangat mudah digunakan kerana ianya menggunakan konsep ‘drag and drop‘, dan terdapat grid line pada work-space yang membantu pengguna untuk memastikan flowchart kemas dan lurus.

2016-10-20-9
2016-10-20-10

LINK: https://www.gliffy.com/

5.Microsoft Word – SmartArt

2016-10-20

Semestinya ramai yang menggunakan Microsoft Word ni, tapi tahukan anda terdapat tab ‘SmartArt‘ dan terdapat pelbagai jenis template chart dan diagram yang boleh digunakan! πŸ˜€

Okay setakat itu dahulu senarai alatan yang boleh memudahkan anda semua membuat flowchart. Mana yang korang suka gunakan? πŸ™‚

Leave a Reply