Susunan Seat ETS Baru 2020

Semak post ETS seat layout yang lama di SINI

Ada beberapa orang pembaca di post layout seat ETS kami yang dipublish pertama kali pada 14 Julai 2016 sebelum ini mengatakan bahawa susunan seat ETS yang baru (sejak akhir 2019) adalah sudah tidak sama dengan jadual yang kami bagi. Maka pada akhir 2019, kami telah menaiki ETS GOLD dan menyemak kembali setiap susunan seat bagi setiap koc, didapati bahawa susunan seat masih sama seperti di dalam jadual yang disediakan sejak julai 2016.

Pada Jan 2020 kami menaiki ETS PLATINUM (9274) pula, dan didapati bahawa ETS 9274 ini adalah ETS Business Class yang baru. Bibawah terdapat beberapa keping gambar ETS Platinum yang baru:

NEW ETS Platinum yang ada Koc Business Class
Susunan seat dalam ETS baru

Susunan seat ETS baru agak berlainan dengan ETS yang sedia ada. Untuk Train ETS baru, seat disusun mengadap ke arah dalam koc dan terdapat meja di tengah tengah setiap koc. Susunan nya adalah sama seperti susunan seat Train lama sebelum adanya train ETS.

Bagaimana nak tahu train lama atau baru?

  1. Train ETS yang baru mempunyai seat Business class di Koc A
  2. Number train adalah EP9172,EP9274, EP9173 dan EP9275, juga dikenali sebagai ETS2
  3. Dilabelkan dengan warna merah di jadual train ETS KTMB
  4. akan ditambah dari masa ke semasa πŸ˜€

Dibawah adalah jadual susunan bagi train ETS yang baru.

Jadual juga boleh di download di SINI

Selingan! Train ETS sangat sejuk ya! sangat disarankan untuk membawa baju tebal untuk lebih selesa semasa perjalanan jauh. My sister in law ada belikan hadiah bantal + selimut untuk kami gunakan dalam train or semasa travel jauh dalam kereta atau bas. Berdasarkan pengalaman kami, bantal itu sangat2 berguna! Dan kami sangat2 sarankan sesiapa yang bawa anak kecil untuk bawa bantal + selimut ini untuk keselesaan budak2 sekirangan diorang nak take a nap didalam train semasa perjalanan jauh.

Ini gambar dari shopee tapi yang kak ipar kami bagi tu memang macam ni jugak rupa dia, nak bawa pun sangat mudah sebab dia kecik ja dan selimut dia boleh lipat2 masuk dalam ‘perut’ bantal tu, bila keluarkan selimut pun bantal tu masih fluffy dan boleh lapik kepala. Lain dia pun sangat lembut tapi boleh bagi warm bila selimut.

Kalau nak cek boleh pergi ke link ni: https://shope.ee/6zgxn0bf7p

Di shopee ada banyak lagi design dan jenis, boleh juga cek disini: https://shope.ee/99lSN59Wr3

Seperti yang diketahui, dalam ETS juga ada surau kecil untuk penumpang beragama Islam solat, dalam surau tu ada bahagian untuk mengambil wuduk yang kecil, so tak perlu ambil wuduk di toilet lah, masa kami gunakan surau tu dia tak sediakan telekung untuk wanita, so sesiapa yang rasa perlukan telekung eloklah untuk bawa telekung travel sendiri ke surau tersebut. disini ada macam2 jenis pilihan telekung travel yang harganya bermula dari RM20 sahaja! https://shope.ee/4UzcxkKDas https://shope.ee/4UzcxkKDas https://shope.ee/4UzcxkKDas
Jika pakaian korang dah cukup bersih dan tutup aurat, maka tak perlu pun pakai telekung kan πŸ˜€

Lagi satu memandangkan disetiap tengah2 bawah seat penumpang (antara seat A dan B dan juga antara seat C dan D) terdapat 1 plug point, disarankan juga untuk membawa travel charger adapter untuk memudahkan charge phone jika diperlukan untuk perjalanan yang jauh, boleh la share dengan orang seat sebelah sebab plug point tu ada 1 ja untuk setiap 2 seat. Ini contoh travel charger adapter https://shope.ee/7A0O8nwx7a https://shope.ee/7A0O8nwx7a https://shope.ee/7A0O8nwx7a

Untuk train ETS Gold dan ETS Platinum yang lain, masih boleh menggunakan jadual seat yang lama di Panduan Susunan dan Pemilihan Seat ETS

Train ETS baru masih lagi mempunyai facilities yang sama seperti ETS yang lama, antaranya adalah Tandas OKU, musolla, Bistro, Power soket, dan skrin tv dan info.

Jadual Train ETS adalah seperti dibawah:

sumber: http://intranet4.ktmb.com.my/ktmb/uploads/files/train%20schedule/ETS/2019/20191201%20Website%20Jadual%20Tren%20ETS%20v1_1.pdf
sumber: http://intranet4.ktmb.com.my/ktmb/uploads/files/train%20schedule/ETS/2019/20191201%20Website%20Jadual%20Tren%20ETS%20v1_1.pdf

Sekian, enjoy your ride! ;D

*UPDATE (5 March 2020)
Kami berpeluang menaiki ETS Business class pada Feb 2020 Parit buntar-KL Sentral-Parit buntar. Sebaik sahaja memasuki Koc Business class tu, seorang peramugari akan datang dan memberikan set kit percuma, kemudian akan dihidangkan ‘welcome snacks’. Kemudian bergantung pada masa perjalanan, satu set Lunch/Dinner meal akan dihidangkan, meal ini terdiri daripada 1 set nasi bersama air mineral. selepas waktu lunch/dinner ini, akan dihidangkan pula minuman panas teh/kopi. Dalam kit percuma yang diberikan terdapat earphone, ianya boleh digunakan sekiranya nak tengok on-board entertainment yang disediakan di setiap seat.

***** UPDATE AUGUST 2022
Tiket online dekat KITS dah ada arah seat, kami ajar cara2 untuk beli tiket online di KITS disini: Macam mana nak pilih seat ETS di KTMB Integrated Ticketing System KITS

14 Comment

  1. […] Koc Business Class. Maka satu layout baru untuk susunan seat ETS2 yang baru boleh didapati di post SUSUNAN SEAT ETS BARU 2020 […]

  2. ekah says: Reply

    TQ sharing !

  3. Azi says: Reply

    Business class, semua seat pandang ke depan ke. (Trip ke selatan dan utara)

    1. wani says: Reply

      ya betul, business class seat dia semua boleh pusing, so diorang akan adjust siap2 seat tu mengadap ke depan

  4. Sue says: Reply

    Hai, sy confused nak pilih seat..kl sentral – padang besar, n balik padang besar – kl sentral..dekat dalam KITS dah show forward, so i just choose yang mengadap depan la kan kalau forward? I jadi confused sebab i jumpa in web yang cakap kalau ke utara F jadi A so on..

    1. wani says: Reply

      Hi Sue,
      Ya betul tu, kalau pakai KITS just pilih yang dah mengadap foward. Sepanjang Wani naik ETS yang menggunakan KITS yg baru ni arah dia dah betul, so takda masalah tersalah pilih mengadap kebelakang πŸ˜€

      Untuk arah Koc A dan F tu, selalunya kalau nak ke utara, Koc didepan adalah Koc F. Kalau dari utara nak ke KL Sentral pula Koc didepan adalah Koc A, arah Koc ini hanya nak memudahkan untuk tahu nak tunggu Koc train di platform mana saja, dia tidak mengganggu arah seat, sebab setiap Koc dari Koc A hingga F semua ada dua arah seat, iaitu foward dan backward, kecuali Koc A business class, kalau business class tu seat dia boleh pusing, so memang sentiasa mengadap kedepan πŸ˜€

      Harap penjelasan ni dpt membantu Sue πŸ™‚

  5. Hafizah says: Reply

    Saya nak seat yang hadap depan view normal macam kita naik kereta tu (sebab kalau terbalik belakang nanti pening) maknanya if saya dari Sg Petani-KL Sentral, kena pilih seat yang awak tanda North? Then if dari KL Sentral-Sg Petani kena pilih seat yang awak tanda South?Thank you in advance ya sis

    1. wani says: Reply

      Salah Hafizah,
      Terbalik tu susunan, kalau dari Sg petani ke KL Sentral, ambik yg bertanda South, dan kalau KL sentral ke Sg Petani, ambik North

  6. Farid says: Reply

    Hi macam mana ya nak pilih yg sleeper dari kl ke padang besar?

    1. wani says: Reply

      Itu rasanya limited time offer. Train khas sawadee. Kena follow page KTMB kalau offer tu ada nanti baru boleh booking tiket, tiket akan available di page rasmi KITS

  7. Sharon Ng says: Reply

    Hi Wani,
    Appreciate if u could advise what are the best seats for 4 pax for KL-Taiping Platinum 9274 Premier/ Business class? Would seats 5 & 6 be quiet or front is better? Thanks.

    1. wani says: Reply

      all seat business class is good πŸ˜€

  8. E says: Reply

    hi camna nak pilih seat yg forward tapi view tingkap yg luas tu

    1. wani says: Reply

      boleh ambik seat yang ada meja ditengah, semua seat meja ditengah dapat tingkap luas

Leave a Reply