SuperPark- Awesome indoor activity park Malaysia

Tahun lepas (2019) kami telah memenangi 2 Super Day tiket ke SuperPark Malaysia yang bertempat di Avenue K Shopping Mall, Ampang. Selepas melakukan sedikit kajian di laman web SuperPark Malaysia, rupanya SuperPark ni adalah indoor activity park! Macam macam aktiviti menarik ada dalam senarai di web, cuma timbul satu kemushkilan,

“sesuai ka orang dewasa pergi SuperPark ni?”

Maka pada cuti baru-baru ni, kami dan suami pun pergi ke SuperPark Malaysia ni untuk mengalami sendiri pengalaman di sana.

On public holiday, superpark mula beroperasi dari jam 9pg hingga jam 9mlm. Tiket yang kami mengangi itu adalah tiket Super Day, maka tiket itu valid sepanjang hari, dari awal pembukaan hingga tutup. Dibawah ada disenaraikan info berkenaan tiket masuk ke SuperPark:

SuperPark Malaysia Ticket info

Untuk memudahkan proses pendaftaran masuk, pelanggan dinasihatkan untuk mengisi ‘waiver form’ secara atas talian di laman web sebelum pergi ke superpark. Anda boleh mengisinya disini : WAIVER FORM SUPERPARK MALAYSIA

Selepas mendaftar, satu band akan dipakaikan di tangan, warna band adalah berbeza mengikut jenis tiket yang dibeli. Pada setiap band itu terdapat chip, chip itu digunakan untuk membuka locker penyimpan barang yang diberikan secara percuma, dan juga untuk keluar dan masuk dari kawasan permainan. Anda boleh kelura dan masuk beberapa kali, nak keluar makan dulu then sambung balik pon boleh haha! Owh ya, kami juga perlu membeli stokin khas untuk bermain didalam superpark ni ya (RM5 sepasang).

Selepas menyimpan barang, kami pun masuk ke kawasan permainan, terdapat 2 tingkat kawasan bermain yang bermula dari tingkat 4 mall, dan seterusnya ada tangga untuk turun ke tingkat 3 mall.

Berbagai aktiviti menarik, lasak dan fun disediakan, selepas bermain beberapa permainan, tidak dinafikan semua aktiviti dipenuhi kanak-kanak haha! Tapi majoriti aktiviti jugak sesuai untuk orang dewasa. Boleh dikatakan SuperPark ni sesuai untuk semua peringkat umur, dari bawah 1 tahun (ya! ada disediakan kawasan untuk baby bawah 1 tahun) hingga dewasa! Jangan terkejut jika anda jumpa nenek pon bermain basketball dalam tu hahah!

Lihat video singkat kami di SuperPark!

Seriously the kid in me loves it! Thank you very much @jom.nst for the free tickets!

Leave a Reply