Camping di Vistana Sedim Riverside Resort, Kampung Ulu Riau, Kedah

Pada awal Februari 2023 kami sekeluarga berpeluang untuk berkhemah di Vistana Sedim Riverside Resort, Kedah. Perkhemahan 3H2M hasil perbincangan sepupu sepapat dan mesyuarat akhir berjaya membawa sejumlah 21 orang ahli keluarga turun ke lokasi.

Pintu pagar Vistana Sedim Riverside Resort @ Riyau

Kami telah menempah 4 tapak khemah, iaitu campsite 1,2,3&4, and juga 1 bilik glamping sebulan lebih awal.

Tapak Campsite 1 & 2, dilengkapi dengan sumber elektrik

Rakan-rakan yang berminat untuk menempah, boleh melakukan hal demikian di laman web rasmi Sedim Riverside Resort di https://sedimresort.com/

Kadar harga tapak khemah adalah RM70 untuk 1 tapak, siap disediakan tapak khemah yang kemas, elektrik power supply 24jam disetiap tapak, so takyah pening-pening bawa extension panjang nak tarik, betul-betul sebelah tapak saja dia buat siap, toilet yang bersih dan bilik mandi yang lengkap disediakan sabun mandi. Tong sampah pun dia sediakan berdekatan campsite. Untuk lebih selesa boleh pakai Air mattress dalam khemah macam ni https://shope.ee/7UiaAng8QO

Berminat nak cari portable outdoor tent yang muat hingga 6 orang? boleh check sini https://shope.ee/6ADCa2JTvy

Sangat digalakkan untuk korang bawa trolli untuk angkat barang kalau korang ambil tapak campsite 4, sebab dia turun ketepi sungai, senang angkat barang, takdak la ulang alik ke kereta banyak kali, contohnya trolli yg macam ni https://shope.ee/8KHhA9hKxl

Yang mengikuti trend dan suka healing2 tu boleh lah beli kerisi healing macam ni hahaha https://shope.ee/9p6Uy05LWK

Untuk glamping pula berharga RM150 siap disediakan tilam angin bersaiz queen, rak almari kecil, portable aircond, electric plug, tuala mandi dan juga sarapan untuk 2 org. Penginapan glamping adalah di dalam khemah berbentuk dome yang diletakkan di atas platform dan juga terdapat meja dan kerusi untuk berehat minum kopi pagi sambil menikmati suasana sekeliling.

Tapak Campsite 4

Campsite 4 terbaik betul2 sebelah sungai. Cuma kalau pi sorang2 pacak situ akan rasa agak terganggu nak rehat di khemah bila pengunjung lain pi mandi sungai. Kalau borong semua tapak 1-4 tu no problem la, kawasan tu jd korang yang punya 😆
Campsite 1 dan 2 adalah bersebelahan, dan bagi kami jarak dia agak rapat la kalau sebelah2 tu adalah strangers.

Tapak Campsite 4
Tapak Campsite 3

Check in adalah pada pukul 3ptg, kena tunjuk IC dan bayaran deposit. Walaupun korang dah buat bayaran penuh semasa booked tapak, masih perlu membayar deposit sewaktu check in ya, deposit kalau untuk 1 tapak saja RM50, kalau macam kami ni ambik banyak tapak deposit adalah RM100. Jangan risau kalau takda cash, boleh transfer online ke acc yang diberikan di kaunter nanti. Deposit akan dikembalikan pada hari isnin@jumaat selepas checkout. Checkout pula pukul 12 tgah hari. Korang bawak ja resit deposit yg dapat time checkin tu balik untuk reference.

Tandas dan bilik mandi berdekatan campsite 1-4

Surau ada disediakan di sebelah pejabat check-in tu, sejadah, telekung & al-quran ada disediakan, cuma kena ambik air semayang siap2 ja, sebab surau dia takda tempat ambik air semayang. Surau dia campoq laki dan pompuan dan takda kain penghadang, clear boleh nampak dari luar.

surau

Terdapat cafe dalam resort ni. Cafe dibuka jam 8am dan tutup jam 10pm, last order 930pm. Breakfast disediakan pada jam 8am-10am. Tempahan tapak campsite takda disertakan breakfast, tapi kalau korang camping light2 tak bawak barag masak, boleh lah tambah breakfast buffet RM10/org. Bagi yang nak masak enjoy camping vibes, boleh lah try packed food seperti kembara meal ni https://shope.ee/AK2lZBwv3d mudah dan pantas!

Tong sampah yang disediakan berdekatan campsite

Untuk yg pergi ramai2 nak BBQ, set BBQ ada disediakan, RM40/set dia bagi pembakar grill, arang 1 pek, kipas tangan, dan penyepit. Korang perlu bawak makanan sendiri ja.

Sungai dia sanagt bersih, ayaq sejuk gedi, laluan sungai pun bersih dijaga rapi. Ayaq sungai tak dalam, ada kawasan cetek sangat sesuai untuk kanak2.

Kawasan lepak sembang2

Malam2 ada lampu menghiasi kawasan sekeliling, tak gelap gelita so rasa safe dan tak risau akan binatang buas.

Tapak glamping 1 dan 2 agak jauh dari toilet dan bilik mandi, so kalau pi situ sorang2 dan risau nak jalan malam2 tak digalakkan pilih yg tu.

Line telco Umobile memang takdak langsung, so better prepare line telco lain kalau rasa nak buat live update😆. Celcom, maxis dan unifi takda masalah. Wifi takda ya haha. Pengguna Umobile mmg healing terok sebab not connected to the internet sepanjang kat sini 😆 Lagi satu, korang boleh download offline map siap2 sebelum ke lokasi, so kalau perlu navigator masa disana nanti senang.

Korang campers yang tiba2 terdesak tak cukup barang, emergency nak cari cool fever, atau tiba2 teringat berus gigi tak bawak, jangan risau sebab kedai runcit dekat saja, boleh keluaq pi beli. Kedai runcit situ boleh bayar pakai bank transfer, tapi kalau korang risau line takda nanti, baik korang bawak ja cash siap2.

Kawasan ni mmg sesuai untuk expert camper dan paling elok untuk beginner yang baru nk jinak2 camping. Recommended dan insyaAllah boleh repeat lagi 😋


Swimming pool

REVIEW INFO GOOGLE MAPS

✅Ada pool bersaiz sederhana sesuai untuk kanak-kanak & dewasa.

✅ Free Parking

❌ Free wifi ni YES and NO, sebab macam kami pengguna Umobile memang takda line kat situ, so untuk transfer duit deposit online akan ada masalah, maka staff dekat office bagi password wifi untuk pakai. Tapi wifi tu punya coverage dekat office tu ja hahahah..so masa stay sana 3H2M mmg tak dapat pakai pun wifi tu. Tapi tak kisah pun takda internet sebab camping taknak diganggu haha!

Lokasi Sedim Riverside Resort:

Leave a Reply